Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Joul & Sons
Joul & Sons merupakan satu gerai santai dan hipster yang baru dibuka di kawasan Pokok Sena BSN, Bank Islam Pokok Sena / Taman Angsana), Kedah. Sebuah kedai yang unik dari segi landskap iaitu dihiasi dengan jerami padi dan juga lokasinya yang strategik telah menarik ramai orang untuk singgah ke kedainya. Lokasinya hanya berada di pinggir jalan jadi memudahkan pelanggan untuk berhenti dan mencuba pelbagai menu yang terdapat di kedainya. Antara menu yang menjadi tarikan buat para pembeli adalah kerabu maggi,laksa, oden dan juga terdapat aneka minuman frappe. Waktu operasi kedai adalah bermula jam 2.30 petang hingga 11 malam.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Bukit 888
Bukit 888 yang terletak di Jalan Panchur. Lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer (km) dari Alor Setar, Kedah itu merupakan sebuah lokasi tumpuan pendaki mahupun mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak. Bukit 888 mula dibuka lebih 10 tahun lalu oleh sekumpulan pendaki yang turut menyediakan kemudahan fasiliti kepada pengunjung sebelum tiba di kawasan puncak. Bukit ini yang terletak berhampiran kawasan perumahan itu turut menjadi tarikan pendaki dari negara jiran seperti Thailand yang sering mengadakan aktiviti pendakian pada setiap tahun. Kemudahan seperti kerusi, pondok rehat dan alat senaman yang disediakan sebelum sampai ke puncak memberi keselesaan kepada pendaki untuk menghilangkan rasa penat.
Taman Pengeluaran Kekal Gajah Mati,Pokok Sena.
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi. Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah:
- Nenas jenis morris
- Jagung
- Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili)
- Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei)
- Tebu
Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena.
Batu Geowarisan, Bukit Larek,Pokok Sena.
Kawasan Bukit Larek, diisytiharkan sebagai tapak Geowarisan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selepas terdapatnya peninggalan batuan rijang. Kawasan itu mula dijumpai pada 1980 oleh JMG hasil enapan jenis rijang berusia 290 hingga 230 juta tahun lalu. Rijang adalah batuan terbentuk dari lautan dalam dan dibentuk oleh pengenapan sejenis fosil mikro iaitu radiolaria yang mati dengan tinggalan rangsa silika.
Nian En Memorial Park
Nian En Memorial Park adalah sebuah tanah perkuburan cina yang terbesar di negeri kedah. Ianya terletak di kawasan Kebun 500, Mukim Jabi, Daerah Pokok Sena. Berkeluasan lebih kurang 60 ekar dan tanahnya berstatus free hold. Memorial Park ini telah di tubuhkan pada tahun 2008 dan di asaskan oleh Dr. Cheng Joo An. AMK., BKM .,JP.Harga lot tanah untuk pengkebumian adalah antara RM 10,000 hingga RM 100,000 iaitu berkeluasan lebih kurang 100kp setiap lot dan pengkebumian secara pembakaran pula adalah antara RM 2000 hingga RM 8000. Tanah perkuburan ini adalah terbuka kepada semua rakyat cina di Malaysia. Tempat ini menjadi tumpuan para pengunjung berbangsa Cina bila tiba hari peringatan ataupun sesuatu perayaan berbangsa Cina.
Coconut Shake Batu 14,Pokok Sena.
Bagi yang sesiapa datang berkunjung ke Pokok Sena,tidak sah jika tidak merasai keenakan Coconut Shake, Bt 14, Pokok Sena. Bermula hanya dari gerai kecil kecilan, kini Coconut Shake Pokok Sena sudah mampu tersenyum bangga kerana dari hari ke hari pelanggannya bertambah. Tidak dapat dinafikan keenakkannya mampu membuat pelanggan berpuas ati. Disamping menyediakan Coconut Shake, kedai ini juga menyediakan makanan westernfood, laksa,bihun sup dan juga laksa.
Rafik Roti Canai
Pokok sena juga terkenal dengan Roti Canai Rafik,sehinggakan Menteri Besar kedah sendiri turun untuk merasai keenakkan roti Canai Rafik.Ianya terletak berhadapan Maybank Pokok Sena menyebabkan orang ramai mudah untuk mencari kedai tersebut.
Tarikan Nat Sabtu Di Pokok Sena
Istilah “nat” atau pasar sabtu amat sinomim di kalangan warga setempat dan juga pengunjung. Panggilannya sudah menunjukkan keunikannya. Pasar sehari ini adalah pasar tani mingguan yang diadakan di sesuatu lokasi. Namun, pasar sehari pokok sena menjadi tarikan bagi para penduduk dan juga pengunjung kerana pemilihan hari dan lokasinya amat sesuai kerana diadakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari sabtu sahaja dan Kesesakan dan kemeriahannya amat dirasai. Antara tarikan pasar sehari ini adalah memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti tinggi dengan harga murah dengan pelbagai pilihan. Pengunjung disyorkan untuk mengunjungi nat ini kerana banyak makanan tradisional negeri kedah mudah didapati disini disamping dapat merasai kemeriahannya.
Video link: https://www.youtube.com/watch?v=0Ig-73M-_20
Link mycomm: https://mycomms.skmm.gov.my/application/p1_place.aspx?PLACE_CAT=&PAGE_NUM=2&START=1
D’DALI CAFE
Sememangnya restoran sekarang sudah banyak dibuka sekitar Pokok Sena, namun, D’dali Café sudah menjadi pilihan penduduk setempat di sekitar Pokok Sena ini. Café ini sangat unik kerana berjaya menyediakan beberapa jenis makanan hanya terdapat di cafenya. Bagi pengemar western, thai, nasi ayam mahupun burger disediakan disini. Salah satu sebab lain, harga yang diberikan amatlah berpatutan menjadikan cafenya dikunjungi dan dijadikan tempat menjamu selera seisi keluarga. Café ini dinuka setiap hari kecuali pada hari jumaat bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam. Lokasinya juga amat strategik dan mudah dicari iaitu di alamat Batu 13, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena.
Video link: https://www.youtube.com/watch?v=t-J0gSykDT4
Lesung Pipit Kitchen
Lesung Pipit kitchen kini semakin menjadi pilihan penduduk setempat di sekitar Pokok Sena dan telah menjadi tempat makan yang ditularkan baru-baru ini. Tempat makan ini menjadi tular disebabkan keenakkan makanan yang disediakan disini yang sesuai dengan selera penduduk sekitar. Restoran ini akan bermula dibuka seawal 12.00 tengahari sehingga 7.00 petang sahaja dan tidak beroperasi pada hari Jumaat. Menu yang disediakan sangat pebagai dan sememangnya mampu memenuhi citarasa semua peringatkat umur.
Antara menu yang mendapat permintaan ramai adalah kuey teow celup, mee celup, maggi celup, laksa, kerabu maggi dan nasi ayam disamping minuman yang pelanggan iaitu laicikang, air kelapa, coconut shake dan lain-lain. Harga yang ditawarkan untuk setiap menu amatlah berpatutan dan menjadikan sebab utama restoran ini dikunjungi oleh ramai pelanggan. Berlokasi di bersebelahan Nurseri Pokok di kampung Bukit Lada, Pokok Sena menjadikan tempat ini mudah dicari.
Video link : https://www.youtube.com/watch?v=Ftxi36gH0hg
Roti Canai Janda ‘Nikmat tak terlupa’
Telah menjadi bualan komuniti setempat dan luar negeri apabila tempat makan ini menjadi tular kerana keunikkan namanya iaitu Roti Canai Janda. Roti Canai Janda yang diusahakan oleh dua beranak di Kampung Baru Derang, Pokok Sena dekat sini menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak empat tahun lalu adalah berstatus janda. Roti canai yang disajikan juga sangat menyelerakan dan memenuhi selera pengunjung sesuai dengan trademark kedai tersebut adalah “nikmat tidak terlupa”. Antara sajian popular di restoran itu ialah roti canai sarang burung serta roti doll disamping pelbagai jenis roti canai yang disediakan. Restorannya itu dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 6 pagi hingga 1.30 petang.
Village 300 Café
Menggunakan konsep santai dan klasik, Village 300 Café adalah tempat paling menarik untuk dijadikan ‘port’ lepak santai bersama-sama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati makanan dan minuman yang lazat yang disajikan di situ. Kafe yang berlokasi di Kampung Tanjung Musang, Pokok Sena ini menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini kerana keunikkan interior design dan juga persembahan live show oleh pemuzik-pemuzik. Aneka makanan dan minuman yang disajikan juga sangat menyelerakan dan memenuhi selera pengunjung sesuai dengan selera orang ramai. Yang menjadikan kafe ini semakin unik dan menjadi tumpuan orang ramai adalah menu terbaharu mereka iaitu lokching bakar. Bukan itu sahaja, kafe ini juga menyediakan makanan western bagi sesiapa yang ingin menikmati juadah western. Waktu operasi bagi kafe ini adalah pada setiap hari kecuali hari Selasa bermula daripada jam 3 petang sehingga 12 pagi.
Makteh Rempeyek
Bagi penggemar kudap-kudapan, Makteh Rempeyek adalah antara port wajib yang harus dikunjungi kerana kepelbagaian variasi rempeyek yang dihasilkan oleh mereka. Makteh Rempeyek berlokasi di Pokok Sena, berdekatan dengan deretan kedai Pizza Hut ini adalah merupakan kedai utama mereka, manakala Kilang Makteh Rempeyek pula bertempat di Kampung Kedundung, Pokok Sena. Kepelbagaian dan variasi yang menarik seperti salted eggs, cheese adalah antara yang mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar rempeyek khususnya ketika menginginkan snek petang yang lebih ringkas dan cepat disediakan. Rata-rata pelanggan memuji kerangupan dan juga keenakkan rasa yang membuatkan mereka ‘ketagih’ untuk membeli lagi dan lagi. Bukan itu sahaja, Makteh Rempeyek juga aktif dalam menyediakan kuih raya dan cookies untuk tempahan. Waktu operasi kedai Makteh Rempeyek adalah bermula seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari
Kakak Panjang Kopitiam
Bagi warga Pokok Sena, saat membicarakan tentang mee celup ala Thai, tiada yang setanding ataupun boleh mengalahkan mee celup di Kakak Panjang Kopitiam. Keaslian dan keunikkannya yang tersendiri menjadikan Kakak Panjang Kopitiam sebagai port yang terbaik untuk penggemar mee celup ala Thai. Berlokasi di deretan kedai-kedai runcit, Kakak Panjang Kopitiam terus menjadi pilihan warga Pokok Sena mahupun komuniti luar yang datang ke Pokok Sena. Pelbagai menu iaitu mee celup dan juga variasi mee yang lain seperti maggi celup dan juga kuey teaw celup juga turut tersedia bagi penggemar mee. Walaupun boleh dikatakan baharu sahaja memulakan perniagaan, Kakak Panjang Kopitiam telah menarik perhatian warga tempatan dan juga luar untuk datang dan mencuba sendiri menu di restoran mereka. Untuk sesiapa yang ingin mencuba menu selain mee celup, terdapat juga nasi ayam dan juga pelbagai variasi kerabu seperti kerabu maggi dan kerabu kaki ayam. Kakak Panjang Kopitiam juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ataupun C.O.D (Cash on delivery) yang memudahkan lagi bagi sesiapa yang inginkan makanan dihantar terus ke rumah.
Tini Vendor Pokok Sena
Pernah menjadi topik dalam video viral Jalan-Jalan Cari Makan Kedah, Tini Vendor Pokok Sena merupakan topik panas bagi warga Pokok Sena yang menyukai variasi menu yang pelbagai. Menu utama yang terdapat di vendor ini ada Nasi Ayam, Bihun Sup Daging Selambak, dan juga pelbagai pencuci mulut yang viral dan menyelerakan. Bagi warga Pokok Sena, Bihun Sup Selambak ada menu killer yang wajib dicuba kerana porsi daging yang sangat banyak dan juga sedap. Selain daripada itu, menu yang unik seperti mochi juga terdapat di Tini Vendor. Berlokasi bersebelahan dengan kedai perabot Husmat Pokok Sena, Tini Vendor menjadi pilihan warga Pokok Sena kerana lokasi tersebut terletak di tengah-tengah yang memudahkan warga sekitar untuk singgah dan mencuba sendiri menu di sana. Boleh dikatakan daya tarikan utama Tini Vendor ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan di sana adalah daripada pelbagai jenis penjual yang ingin memasarkan produk mereka
Ratah Shellout
Rasmi dibuka pada Mei 2023, Ratah Shellout kini menjadi antara pilihan terbaik bagi penduduk setempat mahupun pengunjung luar untuk menikmati hidangan shellout. Walaupun baru sahaja dibuka, Ratah Shellout berjaya memikat hati pengunjung untuk merasai sendiri menu yang ada di sana. Makan sampai kenyang adalah tagline yang digunakan oleh Ratah Shellout yang mana menjadi antara faktor pengunjung tertarik untuk datang dan merasai sendiri menu di sana. Walaupun terdapat banyak shellout lain di daerah Pokok Sena, namun Ratah Shellout tidak gentar dan menjadikan menu mereka unik dan lain dari yang lain dengan mempelbagaikan rasa dan variasi menunya.
Rata-rata warga Pokok Sena lebih menyukai Ratah Shellout kerana lokasinya strategik dan juga tempat parking yang lebih luas yang boleh menempatkan banyak kenderaan dalam satu masa. Bukan itu sahaja, Ratah Shellout juga menawarkan harga set untuk shellout lebih murah berbanding tempat lain, iaitu boleh didapati dengan harga serendah RM 28.80 sahaja. Minuman bancuh pula hanya dikenakan harga RM1.00 yang sudah tentu tidak dapat dicari dimana-mana tempat lain. Keistimewaan untuk warga OKU pula, minuman dan jus adalah percuma buat mereka. Ratah Shellout akan mula dibuka pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 1.00 pagi. Faktor-faktor ini juga adalah antara daya penarik bagi Ratah Shellout yang diharap akan menarik lebih banyak lagi pengunjung di dalam dan luar kawasan Pokok Sena.
Siddiq Satey Sado
Siddiq Satey Sado merupakan satu gerai santai yang terletak berhampiran Restoran Awana. Lokasinya yang strategik di Batu 14 jalan menghala ke Kuala Nerang telah menjadi tumpuan buat para pembeli. Di samping itu, gerai yang terletak di pinggir jalan juga menarik perhatian orang ramai untuk singgah membeli satey. Selain itu, Siddiq Satey Sado menjadi tarikan buat para pembeli kerana size sataynya yang besar dan juga harganya yang murah. Antara jenis satay yang tersedia adalah satay ayam, daging, kambing dan juga satay perut lembu. Siddiq Satey Sado juga turut menerima tempahan untuk sebarang majlis. Salah satu daya tarikan gerai adalah pemilik kedai satey yang ramah dan juga servis yang cepat.
Hamsha Village Pokok Sena
Hamsha Village merupakan chalet yang terletak di lokasi Batu 17, Jalan Naka, Kampung Bendang Lanjut, 06400 Pokok Sena, Kedah merupakan salah satu tempat menarik yang telah menjadi tarikan buat para pelancong. Kedudukannya yang sangat strategik iaitu berlatar belakangkan pemandangan bendang/sawah yang menghijau cantik. Suasana kampung memang menenangkan dengan bunyi unggas, udara segar. Layan permandangan bendang serta matahari terbit yang memukau. Menariknya Hamsha Village juga menyediakan penginapan “Rumah Pokok” dengan hanya harga RM50 semalam .Disamping itu, tarikan lain untuk para pelancong adalah aktiviti memancing. Memancing secara percuma sahaja. Terdapat juga aktiviti naik sampan. Bagi yang datang bersama keluarga boleh melakukan aktiviti BBQ di Hamsha Village.