Kisah Kejayaan
Celik ICT - Anbusilvan A/L Thayaalan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Anbusilvan A/L Thayaalan
Umur : 10 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Taman Akasia, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 017 - 4712675
LATAR BELAKANG:
Anbusilvan A/L Thayaalan merupakan murid yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jabi . dan merupakan salah seorang peserta yang sentiasa mengikuti kelas ICT dan juga program-program yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Kisah kejayaan pada kali ini adalah adik Anbusilvan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Jabi. Sebelum adik ini datang ke NADI untuk belajar ICT, adik ini seorang yang kurang mahir, kurang cekap dan hanya mempunyai sedikit asas dalam bidang IT.Adik Anbusilvan mengambil peluang yang ada dengan sentiasa menghadiri dalam setiap kelas dan program-program yang NADI Pokok Sena adakan setiap hujung minggu.Dengan wujudnya kelas-kelas seperti itu, adik Anbusilvan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam IT.Adik Anbusilvan juga turut mendaftar menjadi ahli dibawah NADI Pokok Sena.Selepas menyertai segala program yang diadakan di NADI Pokok Sena, Adik Anbuslivan menunjukkan beberapa perubahan yang positif dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi kemahiran pula, adik Anbusilvan mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI Pokok Sena. Dengan kemudahan disediakan adik Anbusilvan kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang sesi pembelajaran dan turut berasa gembira dan menyatakan hasrat untuk terus hadir ke NADI Pokok Sena.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Usahawan – Usahawan Perkhidmatan Penyaman udara
Nama Individu : Asfa Kamal Bin Mohd Ismuddin
Umur : 46 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No. 3, Hadapan SMK Pokok Sena, Jalan Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 010-4051889
Alamat emel : info@asfizaenterprise.com
Facebook : Asfiza Aircond Pokok Sena
LATAR BELAKANG:
Encik Asfa Kamal telah lama bergiat dengan aktif di dalam bidang servis perkhidmatan penyaman udara yang pada awalnya bermula dengan minat yang mendalam di dalam bidang ini.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
NADI Pokok Sena amat berbesar hati kerana pada kali ini telah memilih seorang usahawan yang mempunyai semangat yang tinggi dan telah berjaya untuk menempa kejayaannya di merata-rata kawasan sekitar Pokok Sena dan Alor Setar. Bermulanya perjalanan Encik Asfa sebagai seorang usahawan di dalam bidang ini adalah bermula daripada minatnya yang mendalam di dalam bidang perkhidmatan servis penyaman udara dan akhirnya minat tersebut teelah berjaya menjadi sumber penghasilannya sehari-hari. Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya di dalam bidang perkhidmatan ini, beliau telah berjaya untuk mempromosikan perkhidmatan beliau dia merata-rata kawasan. Tambahan pula sikap posiftif dan kegigihannya tampak menampakkan hasil yang memuaskan dan bagi Encik Asfa, yang paling penting adalah kepuasan yang diperoleh oleh setiap pelanggannya dan akan menaikkan lagi prestasi kerjanya di peringkat yang lebih tinggi. Dengan setiap tekad dan kegigihan yang diberikan oleh beliau, sudah pastinya Encik Asfa akan lebih maju kehadapan nantinya. Menjadikan NADI Pokok Sena sebagai tempat rujukan, Encik Asfa sering kali menyertai kelas-kelas keusahawanan bagi menambah ilmu beliau di samping menambah baik lagi mutu perkhidmatannya. Sering kali beliau akan memuji usaha NADI yang senantiasa memberi dan mengadakan pelbagai kelas dan memberi perkhidmatan yang baik kepada usahawan-usahawan yang seperti beliau. Beliau berharap agar usaha baik ini akan berterusan dari masa ke semasa.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Celik ICT - Vaghisshah A/P Pergas
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Vaghisshah A/P Pergas
Umur : 12 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Taman Akasia, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 017 - 4839600
LATAR BELAKANG:
Vaghisshah A/P Pergas merupakan murid yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jabi dan merupakan salah seorang pelajar yang senantiasa mengikuti kelas ICT yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Kisah kejayaan pada kali ini adalah adik Vaghisshah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Jabi. Adik Vaghisshah ini boleh dikatakan setiap hari akan datang ke PEDi Pokok Sena bagi meluangkan masanya setelah tamat waktu persekolahannya. Adik Vaghisshah pada permulaannya kurang mahir dalam menggunakan komputer semasa mencari bahan bacaan menggunakan internet tetapi semakin lama adik Vaghisshah semakin mahir dan cekap menggunakan ICT. Setelah beberapa kali berkunjung ke PEDi adik Vaghisshah semakin mahir hasil bimbingan dari petugas PEDi dalam memberikan kesediaan dalam membantu menyebarkan maklumat , membimbing adik Vaghisshah dalam melayari ilmu teknologi dan pengetahuan.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Usahawan – Usahawan Jahitan
Nama Individu : Nur Mazliana Binti Mazalan
Umur : 38 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Lorong Sekolah Kebangsaan Jabi, Mukim Jabi, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 017-4008483
Alamat emel : mazliana85@gmail.com
Facebook : Nur Mazliana
LATAR BELAKANG:
Puan Mazliana adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara berniaga di kedai makanan berlauk dan juga bergoreng.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
PEDi Pokok Sena memilih Puan Mazliana menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana beliau mempunyai tekad dan semangat yang kuat di dalam menjalankan perniagaannya sehingga kedai makan yang diusahakan oleh beliau dikenali ramai orang. Puan Mazliana yang merupakan seorang surirumah membuat keputusan untuk membantu suami beliau untuk menambahkan pendapatan keluarga mereka. Ditambah dengan minatnya di dalam bidang masakan menjadikan beliau sangat gemar mencuba resepi baharu dan juga mempelbagaikan menu masakan berlauk di kedai makannya. Puan Mazliana bertekad untuk memperluaskan lagi kedai makannya dengan menambahkan beberapa menu baharu pada masakan berlauk yang dihidangkan untuk makan tengahari, manakala pada petangnya, menu masakan bergoreng akn disediakan oleh beliau sesuai dengan permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang datang ke kedainya. Sebagai seorang isteri, Puan Mazliana tidak menjadikan statusnya sebagai isteri mematahkan semangatnya untuk mengembangkan kedai makannya. Hasilnya, ramai pelanggan-pelanggan yang pada awalnya hanyalah penduduk tempatan, kini bertambah kepada pelanggan-pelanggan luar yang turut berkunjung dan menjadi pelanggan setia di kedai makannya. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dan memuji masakan Puan Mazliana yang kena dengan tekak mereka dan juga melihat persekitarannya yang sangat mementingkan kebersihan juga menjadikan kedai makan Puan Mazliana sebagai pilihan pertama mereka. PEDi Pokok Sena mengambil kesempatan ini untuk membawa Puan Mazliana melangkah lebih jauh lagi di dalam bidang perniagaannya dan Puan Mazliana juga mengakui bahawa PEDi Pokok Sena membuka banyak peluang kepadanya untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang perniagaan kedai makannya.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Celik ICT - Hasniwaty Binti Shafie
Pn.Hasniwaty merupakan seorang Guru Tabika KEMAS di salah sebuah Tabika di Pokok Sena,Kedah.Beliau menjadi ahli PI Pokok Sena bermula pada tahun 2015 dan masih lagi aktif menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI Pokok Sena.Bermula dengan pendaftaran ahli anak beliau iaitu adik Fatin Ayuni,beliau juga turut tertarik untuk mendaftar sebagai ahli di PI Pokok Sena setelah mendengar penerangan tentang kebaikan menjadi ahli di PI Pokok Sena.
Sejurus mendaftar sebagai ahli di PI Pn Hasniwaty kerap kali berkunjung ke PI bagi mencari bahan-bahan rujukan kerja untuk disampaikan kepada anak murid beliau. Beliau banyak bertanya berkaitan ICT sekiranya beliau tidak memahami,contohnya cara bagaimana untuk menghasilkan lukisan gambar menggunakan aplikasi. Sebelum ini,Pn Hasniwaty tidak beberapa mahir untuk mencari bahan rujukan beliau dengan menggunakan internet. Selepas menghadiri kelas yang diadakan di PI, kelihatan ilmu ICT Pn.Hasniwaty semakin meningkat. Beliau kini,sudah mengetahui bagaimana untuk memuat turun bahan-bahan rujukan kerja beliau, cara untuk berkongsi maklumat di facebook, dan juga kemahiran untuk menaip dengan cepat.
Usahawan Madu Kelulut
Setelah mendengar kisah perihal madu kelulut yang kian terkenal di kawasan Pokok Sena ini, pengurusan PI tertarik untuk mengenali siapa sebenar pengasas produk kelulut tersebut. Dengan melayari Facebook Page Persatuan Peniaga Pokok Sena kami melihat sendiri kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh beliau. Melihat hasil kejayaan beliau kami tidak teragak-agak untuk turun padang bertemu sendiri dengan beliau untuk mendengar sendiri hasil kejayaan yang diraih oleh beliau.
Bermula dari sebuah kegagalan beliau bangkit semula untuk memperjuangkan hasil yang diidamkan. Beliau tidak pernah sesekali berputus asa. Alhamdulillah berkat daripada kerajinan dan sikap tidak pernah berputus asa, beliau membuka perniagaan di Lot 50 Dataran Sena yang didahulunya hanyalah kawasan biasa sahaja disitu. Hasil daripada usaha dan kerajinan beliau, sebanyak 10 gerai telah diwujudkan dikawasan tersebut dengan kerjasama Majlis Pejabat Daerah Pokok Sena. Beliau juga merancang inigin membangunkan kawasan tersebut menjadi salah satu tarikan pelancongan bagi sesiapa yang datang ke Dataran Sena ini.
En.Rameli juga sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat dari segi menguruskan pinjaman wag bagi tujuan perniagaan. Sokongan beliau terhadap para peniaga dan masyarakat dalam meningkatkan ekonomi amatlah dihargai oleh penduduk setempat. Dato Badrul Hisham bin Hashim iaitu selaku Exco kanan Kementerian Negeri Kedah pernah merasmikan salah satu majlis yang dianjurkan oleh beliau iaitu Majlis Kenduri Kesyukuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil MelayuCawangan Pokok Sena, Persatuan Usahawan Kelulut Negeri Kedah bersama PEKIDA Daerah Pokok Sena.Majlis ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik bersama masyarakat setempat dan berkongsi idea tentang selok belok dunia perniagaan. Sikap beliau yang sentiasa murah hati ini dalam menyumbangkan sebahagian keuntungan beliau kepada PIBG sekolah patutlah dicontohi oleh mana-mana pihak.
Nama Individu : En Rameli bin Abdul Rahman
Umur : 47 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat premis perniagaan : Lot 50, Dataran Bunga Sena 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman
Nombor telefon : 013-2777753
Alamat emel : pppkmps@gmail.com
Laman web perniagaan : Persatuan Peniaga Pokok Sena(Facebook Page )
Nama perniagaan : Pokok Sena Trigona Farm Sdn Bhd
Celik ICT - Nur Azila Bt Jusoh
MAKLUMAT DIRI:
Nama Individu : Nur Azila Bt Jusoh
Umur : 15 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 017-4896156
LATAR BELAKANG:
Nur Azila merupakan pelajar tingkatan 3, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. Azila dan rakan-rakan sering kali mengunjungi PI Pokok Sena bagi mencari bahan rujukan dan juga tugasan kerja kursus yang diberikan oleh gurunya. Di samping itu, Azila merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kelas tambahan e-kelas.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Penglibatan Azila dengan PI bermula ketika dia mula tinggal di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena.Disebabkan jarak sekolah dan rumah terlalu jauh, Azila mengambil keputusan untuk tinggal di asrama, disamping memudahkan beliau hendak mengunjungi PI bagi mencari bahan rujukan kerja sekolahnya
Setiap hujung minggu, Azila dan rakan-rakan akan mengunjungi PI untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah yang memerlukan dia dan rakan-rakan mencari maklumat di internet. Azila dan rakan tertarik menggunakan kemudahan di PI kerana suasana PI begitu selesa dan capaian internet yang begitu laju. Kesungguhan adik Azila dalam mempelajari ilmu ICT menarik perhatian staff PI untuk memaparkan kisah kejayaannya.
Usahawan Ladang Tanaman Cili Fertigasi
MAKLUMAT DIRI:
Nama Individu : Mohamad Tarmizi Bin Ahmad
Umur : 42 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat premis perniagaan : No 30, Kampung Banggol Jalan Pancur 06400 Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 019-4787250
Alamat emel : mizeyahmad@gmail.com
Facebook : Mizey Ahmad
Nama perniagaan : Thizar Enterprise
LATAR BELAKANG:
En.Mohamad Tarmizi telah menubuh syarikat dibawah nama Thizar Enterprise. Beliau menjalankan pelbagai perniagaan antaranya adalah pembekal alatan tulis, pembekal perabot dan pengusaha dobi. Tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan peladangan, beliau mengambil keputusan untuk mengusaha tanaman cili fertigasi di ladang yang terletak di Kg. Banggol Pokok Sena.Tanaman cili fertigasi beliau melibatkan sebanyak 5000 polibeg.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
En. Tarmizi mula melibatkan diri dengan PI ketika En.Tarmizi ingin mempelajari Ms Office Word. En. Tarmizi kerap mengunjungi PI untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan asas ICT dan Ms Office Word. Selepas mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar PI, En. Tarmizi tertarik untuk mendapat sokongan untuk menolong beliau menyediakan kertas kerja berkaitan tanaman cili Fertigasi beliau. Perkembangan positif hasil dari mengikuti kelas latihan yang diadakan di PI menyebabkan En.Tarmizi merasa berkeyakinan untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih menarik dengan idea-idea yang bernas disamping mendapat panduan ilmu keusahawanan daripada tenaga pengajar PI.
Celik ICT - Nur Dina Syuhada Bt Mohd Azwan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nur Dina Syuhada Bt Mohd Azwan
Umur : 13 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kg.Keda Batu ¼ , Jalan Kuala Nerang,06400 Pokok Sena,Kedah.
LATAR BELAKANG
Nur Dina Syuhada merupakan pelajar tingkatan 1, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. Nur Dina Syuhada juga merupakan salah seorang pelajar ekelas Maxis yang megikuti Live Tutorial ekelas bagi subjek Tingkatan 1 English, Matematik dan Sains yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu di PI Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penggunaan ICT adik Dina banyak meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya. Disebabkan itu, adik Dina sering kali ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain Selepas sering mengunjungi dan mendaftar sebagai ahli di PI Pokok Sena adik Dina tampak lebih berkeyakinan menggunakan Internet untuk mencari sumber rujukan kerja kursusnya. Adik Dina Syuhada banyak mengikuti kelas-kelas ICT dan kelas tambahan ekelas yang diadakan di PI Pokok Sena
Usahawan - Pengusaha Bakery (Roti,Kek dan Biskut)
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Mohd Izhar Bin Ishak
Umur : 33 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Depan SMK Pokok Sena, Jalan Pancur 06400 Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 017-4544618
Alamat emel : nuhabakery@gmail.com
Facebook : Nuha Cafe & Bakery
LATAR BELAKANG:
En. Mohd Izhar telah menjalankan perniagaan bakeri pembuatan roti,kek dan biskut hampir 3 tahun. En. Mohd Izhar juga turut mempunyai kedai bakeri sendiri yang diusahakan bersama isterinya sendiri iaitu Nuha Café & Bakery.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum terlibat dengan penggunaan ICT, En Mohd Izhar hanya menjual produknya jualannya kepada rakan-rakan terdekat dan kenalan yang mengenali beliau sahaja. Hasil jualan tidak begitu memberansangkan kerana promosi agak terhad. Selepas beliau mahir penggunaan ICT, perniagaan En. Mohd Izhar dan isteri semakin dikenali di media sosial. Beliau mempromosi perniagaannya di ruangan Facebook Page dan Instagram yang boleh mengembangkan perniagaan dan produk jualannya.
Usahawan -Perniagaan Makanan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Siti Mariam Bt Khamis
Umur : 43 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 217,Taman Angsana 06400 Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 017-4544618
Alamat emel : mariamkhamis@gmail.com
Facebook : Siti Mariam Bt Khamis
LATAR BELAKANG:
Pn. Siti Mariam merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mula berjinak dalam perniagaan makanan atas talian lebih kurang 3 tahun yang lalu. Antara yang dijual oleh Pn. Mariam adalah aneka jenis kuih muih, biskut raya, kek, makanan barat dan juga seni gubahan hantaran
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pn.Mariam mula terlibat secara aktif dengan PI setelah mendaftar sebagai ahli di PI Pokok Sena. Setiap kali Pn.Mariam ingin menggunakan kemudahan internet Pn. Mariam akan mengunjungi PI Pokok Sena disebabkan mudah dan terdapat pelbagai kemudahan di PI. Selepas kerap kali mengunjungi PI, Pn. Mariam begitu tertarik dengan kemudahan tersedia di PI dan kelas latihan ICT dan kelas keusahawan dijalankan di PI Pokok Sena. Setiap apa kurang di fahami berkaitan ICT dan cara-cara untuk mempromosi jualan dalam ruangan media sosial, Pn. Mariam akan terus bertanya kepada staff PI.
Celik ICT - Ummu Mahfuzah Bt Mansor
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Ummu Mahfuzah Bt Mansor
Umur : 16 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 673, Lorong Ketapang 6/1, Taman Bandar Baru, 06400 Pokok Sena, Kedah.
Nombor telefon : 013-8206150
LATAR BELAKANG:
Ummu Mahfuzah merupakan pelajar Tingkatan 3 (15 tahun) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena,Kedah. Adik Ummu merupaka seorang pelajar yang rajin dan sentiasa komited dan fokus dengan apa yang sering beliau lakukan.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Ummu sering mengunjungi kafe siber untuk menyiapkan kerja-kerja kursus dan mencari bahan rujukan pembelajarannya. Selepas melibatkan diri dengan PI, adik Ummu kerap kali mengunjungi PI Pokok Sena untuk mencari bahan rujukan kerja-kerja kursus dan juga mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakan-rakannya di PI Pokok Sena. Suasana yang selesa di PI Pokok Sena menyebabkan adik Ummu memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang tersedia di PI Pokok Sena. Adik Ummu juga, merupakan salah seorang pelaja eKelas di PI Pokok Sena.
Celik ICT - Muhammad Aziem Iskandar Bin Elias
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Muhammad Aziem Iskandar Bin Elias
Umur : 13 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Kg.Banggol, Jalan Pancur 06400 Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 017-4943509
LATAR BELAKANG:
Muhammad Aziem Iskandarmerupakan pelajar tingkatan 1, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena dan merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kelas tambahan e-kelas di Pusat Internet Pokok Sena
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum pengguna ICT, Adik Aziem kurang mahir untuk mencari bahan bacaan menggunakan internet. Selepas kerap kali mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Aziem bertambah mahir menggunakan perisian Ms Office dan juga internet.Adik Aziem turut tertarik untuk mengikuti kelas tambahan secara digital atas talian ekelas bersama rakan-rakannya.
Celik ICT - Noor Azlina Bt Harun
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Noor Azlina Bt Harun
Umur : 39 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kampung Bukit,Mukim Telaga Mas 06400 Pokok Sena,Kedah
Nombor telefon : 0194240563
LATAR BELAKANG:
Pn. Noorazlina seorang Guru KAFA dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang. Tugasan kerjanya menuntut beliau untuk mengetahui dan mempelajari ilmu ICT.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum ini, Pn.Azlina menghadapi kesukaran untuk menggunakan ICT disebabkan beliau kurang berkemahiran dalam bidang ini. Tugasan sebagai Guru KAFA memerlukan beliau untuk memasukkan data para pelajar menggunakan Ms Office Excel. Setelah mengikuti kelas dan latihan yang diadakan di Pusat Internet Pokok Sena, tampak perkembangan positif untuk Pn.Azlina. Beliau semakin mahir menggunakan kan Ms Office Word,Excel dan juga Power Point. Selain itu, Pn.Azlina juga, turut mengikuti kelas-kelas latihan asas ICT yang lain bagi menambah kemahiran dalam penggunaan ICT.
Usahawan –Pengusaha Bakery (Roti, Kek & Biskut)
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Farhana Nasution Bt Ismail
Umur : 32 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Depan SMK Pokok Sena, Jalan Pancur 06400 Pokok Sena,Kedah
Nombor telefon : 017-5401916
Alamat emel : nuhabakery@gmail.com
Facebook : Farhana Nasution Ismail
LATAR BELAKANG:
Pn. Farhana seorang bekas graduan universiti Awam. Beliau menjalankan perniagaan bakeri pembuatan roti,kek dan biskut hampir 3 tahun bersama-sama suami dan saudaranya yang lain.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum terlibat dengan penggunaan ICT, Pn.Farhana dan suami banyak mempromosi jualannya secara offline sahaja. Penglibatan Pn.Farhana bersama PI ketika PI mengadakan Hari Terbuka Bersama Komuniti setempat. Selepas menguasai penggunaan ICT, Pn. Farhana mempromosi perniagaannya di ruangan Facebook Page dan Instagram yang boleh mengembangkan perniagaan dan produk jualannya
Usahawan – Menjual kek dan Biskut Raya
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nor Azihan Bt Ismail
Umur : 41 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : 82, Taman Puteri 06400 Pokok Sena,Kedah
Nombor telefon : 019-4437796
Facebook : Nor Azihan An Ismail
LATAR BELAKANG:
Pn. Azihan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Mula menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan ketika timbul minat untuk mendalami bidang bakeri. Suami Pn. Azihan dan anak-anak adalah pendorong utama setiap apa yang Pn.Azihan lakukan
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pn. Azihan banyak menggunakan internetnya sendiri bagi tujuan memuat turun dan mempromosi hasil jualannya. Tetapi, kelajuan internet dirumahnya tidak begitu memuaskankan dan melambatkan segala urusan kerja beliau Selepas mengunjungi Pusat Internet, Pn. Azihan berasa amat berpuas hati dengan kemudahan dan kelajuan capaian internet di Pusat Internet. Pn.Azihan tertarik untuk mengunjungi PI dan mengikuti kelas ICT dan juga kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Pokok Sena.
Usahawan – Perunding Kecantikan Mary Kay
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Rusidah Binti Abdul Kadir
Umur : 38 tahun tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 94, Kampung Belat, Jalan Kubur Panjang, Kedah
Nombor telefon : 019-4125498
Facebook : Shahidah Shieda
LATAR BELAKANG
Pn. Rusidah usahawan produk kecantikan Mary Kay. Beliau juga merupakan salah seorang pekerja di sektor awam. Bermula dari minat untuk mencantikkan diri sahaja, menarik minat Pn.Rusidah untuk menjadi salah seorang Perunding Kecantikan yang dilantik oleh Mary Kay.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pn. Rusidah banyak membuat promosi produk yang dijual dipelbgai tempat seluruh Malaysia terutama di belah-belah utara semenanjung. Selepas mengetahui PI ada menyedia ruang bengkel untuk para usahawan, Pn. Rusidah kerap kali berkolaberasi dengan PI untuk mengadakan bengkel kecantikan bersama para usahawan muda yang berminat untuk mencantikkan diri disamping menjana pendapatan melalui produk kecantikan Mary Kay
Usahawan – Usahawan Online Menjual Cadar Feezora, Karpet, Toto Narita Dan Alas Kereta
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Chik Binti Hassan
Umur : 47 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Batu 19, Kampung Sena,Mukim Padang Temak,Kedah
Nombor telefon : 017-4177332
Alamat emel : Chikhassan0872@gmail.com
Facebook : Chik Hassan
LATAR BELAKANG
Pn. Chik usahawan online yang menjual pelbagai cadar bercorak, karpet, toto narita da alas kereta bercorak. Beliau juga merupakan kakitangan KEMAS. Bermula sebagai dropship, Pn. Chik mengambil keputusan untuk menjadi agen Feezora(cadar) setelah kerap kali mengikuti kelas usahawan secara atas talian.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pn. Chik tidak berapa mahir untuk mempromosi barangan jualannya menggunakan media sosial. Selepas mendapat bimbingan satf PI, Pn. Chik sudah semakin memahir menguasai penggunaan ICT dan mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook.
Usahawan – Perniagaan bakeri
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Fikhriyah Fisol
Umur : 34 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : 82, Taman Puteri 06400 Pokok Sena,Kedah.
Nombor telefon : 011 -1155 7863
Facebook : Fikhriyah Fisol
Instagram : fiq_sweet_bakery
LATAR BELAKANG
Pn. Fikhriyah usahawan online yang menjalankan perniagaan bakeri dengan menjual pelbagai jenis kek,biskut, roti dan sebagainya lagi . Bermula dengan minat dan sekarang boleh menjana pendapatan keluarga Pn.Fikhriyah.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pn. Fikhriyah banyak mengikuti kelas-kelas bakeri bagi menambah ilmu dalam bidang bakeri .Selepas mengunjungi Pusat Internet dan mendalami pengetahuan ICT, Pn.Fikhriyah dalam mendalami ilmu melalui kelas bakeri secara online dan mencari resepi terkini melalui ruangan media sosial dang pengkongsian di alam maya.
Celik ICT - Norazita Binti Saad
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Norazita Binti Saad
Umur : 40 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 12B, Kampung Kubang Lintah,Mukim Lepai,Kedah.
Nombor telefon : 017-5478510
LATAR BELAKANG
Pn. Norazita merupakan seorang Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang. Tugas hariannya sebagai seorang ustazah Guru KAFA, menyebabkan beliau mempelajari ilmu ICT untuk memudahkan beliau mengemaskini data para pelajarnya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum ini, Pn.Norazita merasa sukar untuk menggunakan ICT disebabkan beliau tidak begitu mahir. Tugasan sebagai Guru KAFA memerlukan beliau untuk memasukkan data para pelajar menggunakan Ms Office Excel. Setelah mengikuti kelas dan latihan bersama rakan-rakannya di Pusat Internet Pokok Sena, Pn.Norazita sudah semakin mahir menggunakan perisian Ms Office Word,Excel dan juga Power Point. Pn.ANorazita juga, turut mengikuti kelas-kelas latihan asas ICT yang lain bagi menambah kemahiran dalam penggunaan ICT.
Celik ICT - Muhammad Shamil Safuan Bin Mohd Sabri
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Muhammad Shamil Safuan Bin Mohd Sabri
Umur : 15 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No 4, Tingkat 3, Blok Kenanga 1, Kompleks Penjara Pokok Sena, Kedah.
Nombor telefon : 017-7622627
LATAR BELAKANG
Muhammad Shamil Safuan rmerupakan pelajar tingkatan 3, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong,Pokok Sena dan merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kelas tambahan e-kelas di Pusat Internet Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena,adik Shamil banyak menghabiskan masa dan mengulangkaji pela. Penglibatan adik Shamil adalah setelah mengikuti kelas tambahan ekelas di PI Pokok Sena. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Shamil kerap mengunjungi PI untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya kerana adik Shamil bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun ini. jaran di rumah
USAHAWAN ONLINE (BUSINESS SHOPEE)
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Mohd Syabani B Zainon
Umur : 36 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Batu 11 ¾, Hadapan Sek. Keb Pokok Sena
Nombor telefon : 011-27127802
Alamat emel : syabanizainon@gmail.com
Facebook : Syabani Zainon
LATAR BELAKANG:
En. Syabani yang dahulunya merupakan bekas jurutera di salah sebuah syarikat swasta. Beliau mengambil keputusan menceburi perniagaan shopee setelah melihat peluang cerah dan memperolehi untung yang sangat memberansangkan.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
>En. Syabani mula melibatkan diri dengan PI ketika beliau ingin mempelajari kelas usahawan. En.Syabani kerap mengunjungi PI untuk menggunakan internet berkelajuan tinggi PI bagi memudahkan urusan perniagaannya. Selepas kerap mengunjungi PI, En. Syabani begitu tertarik dengan perkhidmatan yang tersedia di PI, beliau sering kali megunjungi PI untuk mengemaskini blog perniagaannya.
CELIK ICT - ROSIDAH BINTI AHMAD
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Rosidah Binti Ahmad
Umur : 42tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 11, Lorong Aman Timur 06400 Pokok Sena,Kedah..
Nombor telefon : 014-9057022
LATAR BELAKANG:
Pn. Rosidah merupakan seorang Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Langgar. Sebagai seorang ustazah Guru KAFA, menuntut beliau untuk mempelajari ilmu ICT bagi memudahkan beliau mengemaskini data para pelajarnya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum ini, Pn.Rosidah merasa sukar untuk menggunakan ICT disebabkan beliau tidak begitu mahir. Setelah mengikuti kelas dan latihan bersama rakan-rakannya di Pusat Internet Pokok Sena, Pn.Rosidah semakin mahir menggunakan perisian Ms Office Word,Excel dan juga Power Point. Pn. Rosidah juga, turut mengikuti kelas-kelas latihan asas ICT yang lain bagi tujuan untuk menambah kemahiran dalam penggunaan ICT
Celik ICT – Nur Syafiqah Sadrina Bt Mohd Sabri
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nur Shafiqah Sadrina Binti Mohd Sabri
Umur : 13 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 4, Tingkat 3, Blok Kenanga 1, Kompleks Penjara Pokok Sena, Kedah.
Nombor telefon : 017-7622627
LATAR BELAKANG
Nur Shafiqah Sadrina rmerupakan pelajar tingkatan 1, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong,Pokok Sena dan merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kelas tambahan e-kelas di Pusat Internet Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena,adik Nur Syafiqah Sadrina banyak menghabiskan masa dan mengulangkaji pelajaran di rumah. Penglibatan adik Nur Shafiqah adalah setelah mengikuti kelas tambahan ekelas di PI Pokok Sena. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Shafiqah kerap mengunjungi PI untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya dan sangat rajin mengulangkaji pelajari pelajaran melalui portal ekelas.
CELIK ICT- Nur Aida Nasuha Binti Zakaria
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nur Aida Nasuha Binti Zakaria
Umur : 9 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kampung Panchur, 06400, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
LATAR BELAKANG:
Nur Aida Nasuha atau dikenali sebagai nasuha merupakan pelajar tahun 3, di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Disebabkan, rumah saudari nasuha bersebelahan dengan PI meyebabkan dia kerap datang ke PI dan telah mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2018 oleh ibunya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Kesungguhan saudari nasuha untuk mempelajari ilmu ICT dan kekerapan penglibatannya di PI menjadi faktor utama pemilihanya. Sebelum menjadi ahli aktif dengan PI Pokok Sena, saudari Nasuha kurang mendapat pendedahan dengan perkembangan ICT dan mengakui bahawa dirinya tidak mahir lansung menggunakan ICT. Saudari Nasuha sering mendapatkan akses internet di PI Pokok Sena dengan melayari youtube untuk menonton video-video yang berkisar ilmiah bagi menambah ilmunya. Selain itu, Saudari Nasuha sering meminta tunjuk ajar dari kakitangan PI dalam membantunya mengendalikan ICT. Walaupun, di usia yang masih kecil, saudari nasuha telah menunjukkan peningkatan kemahirannya dalam menggunakan ICT.
CELIK ICT- Nur Alya Syafia Binti Mohd Shofian
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nur Alya Syafia Binti Mohd Shofian
Umur : 10 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 1, Kg Jambu, Jalan Panchur,06400 Pokok Sena, Kedah.
LATAR BELAKANG:
Nur Alya Syafia merupakan pelajar tahun 4, di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad dan lebih mesra disapa dengan panggilan Alya. Saudari Alya merupakan salah seorang ahli aktif di PI dan sering menggunakan perkhidmatan PI.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Sebelum menjadi ahli aktif dengan PI Pokok Sena, saudari Alya hanya menghabiskan masa di rumah dan kurang terdedah dengan perkembangan ICT. Disamping itu, saudari Alya juga mengakui bahawa kemahiran ICT amat diperlukan untuk keperluan kerja sekolah pada masa hadapan. Penglibatan Saudari Nur Alya Syafia adalah setelah kerap datang untuk menyiapkan kerja sekolah dan sering mendapatkan akses internet di PI Pokok Sena. Saudari Alya sering menyertai program ICT dan MS Office yang telah dijalankan di PI Pokok Sena. Saudari Alya sudah mahir dalam perkara asas untuk menggunakan beberapa MS office seperti MS Word dan MS Powerpoint. Oleh itu, kemahirannya ini menjadi satu kejayaan bagi dirinya dan membuktikan bahawa dia setapak maju daripada rakan-rakan sebayanya yang lain.
Usahawan – Pengasas Butik Maiza Collection
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Maizatul Akhmam Binti Yahya
Umur : 52Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 2,Kampung Bukit Hijau, Mk Derang, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 012 4499831
Facebook : Maiza Collection
LATAR BELAKANG:
Puan Maizatul merupakan salah seorang usahawan pakaian dan mempunyai sebuah butik di Pacific, Alor Setar. Beliau telah lama menceburi bidang ini telah hampir 20 tahun yang lepas namun hanya secara terus dengan pelanggan tanpa mempromosikan melalui atas talian.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Penglibatan Puan Maizatul secara tidak lansung dengan PI ketika beliau ingin mempelajari selok belok perniagaan atas talian dan sering datang untuk mengunakan perkhidmatan internet untuk promosikan produknya di laman sesawangnya. Beliau sering meminta tunjuk ajar dan nasihat dari Kakitangan PI dalam menguruskan perniagaan atas taliannya. Sifat ingin belajar Puan Maizatul perlu dicontohi oleh usahawan yang lain walaupun beliau sudah lama dalam bidang perniagaan namun disebabkan desakan arus teknologi menyebabkan beliau perlu belajar perniagaan atas talian.
Usahawan – usahawan online Kosmetik Women Desire
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nadrah Binti Abu Hanifah
Umur : 35 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : N0 21, Batu 13 ¼, Jalan Kuala Nerang, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 014 345 4881
Facebook : Nadhra Tun Naeim
Instagram : Wdta_offial _nad
LATAR BELAKANG:
Puan Nadrah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 4 orang cahaya matanya. Atas desakan ekonomi pada era ini, puan Nadrah cuba menceburi bidang perniagaan atas talian untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau mula menceburi bidang ini telah hampir 3 tahun yang lepas.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Puan Nadrah mula melibatkan diri secara tidak lansung dengan PI ketika beliau ingin mempelajari kelas usahawan. Puan Nadrah sememangnya kerap mengunjungi PI untuk menggunakan internet berkelajuan tinggi PI bagi memudahkan urusan perniagaannya. Kekerapan Puan Nadrah mengunjungi PI atas sebab begitu tertarik dengan perkhidmatan yang tersedia di PI, beliau sering kali megunjungi PI untuk mengemaskini dan memuat naik barangan perniagaannya di laman sosial beliau. Atas asbab kesungguhannya dalam perniagaan ini, jualan bulanannya meningkat dari sehari ke sehari. Kesungguhanya perlu dicontohi oleh usahawan yang lain.
Usahawan – Usahawan Karipap Mini
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Noor Hafiza Binti Che Mel
Umur : 31 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 52 A, KG Kolam, Mukim Tualang, 06400 Pokok Sena, Kedah.
Nombor telefon : 0132249667
Facebook : Fiza Mini Karipap
LATAR BELAKANG:
Puan Hafiza merupakan usahawan karipap mini dan beberapa lagi jenis kuih muih yang dibuat secara tradisional semenjak tahun 2017 namun mula bergiat aktif secara serius pada tahun 2018. Sebelum penglibatannya dengna PI, beliau banyak berurus niaga secara terus dengan pelanggan tetapnya sahaja.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Terdapat banyak perubahan yang terjadi kepada Puan Hafizah setelah menjadi ahli aktif PI, beliau berusaha mendalami ilmu ICT dan asas keusahawanan di PI Pokok Sena dan sering meminta nasihat dan tunjuk ajar berkaitan meluaskan perniagaannya secara atas talian daripada kakitangan PI. Jumlah jualannya secara atas talian semakin meningkat daripada pelanggan baharu. Sifat tidak mudah putus asa adalah sikap yang ditonjolkan oleh Puan Hafizah demi mengembangkan perniagaannya perlu dijadikan contoh tauladan.
Celik ICT - Nur Aisyah Binti MD Ishak
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nur Aisyah Binti MD Ishak
Umur : 14 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kampung Kedundung, Mukim Derang 06400 Pokok Sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Nur Aisyah merupakan pelajar tingkatan 2, di Maahad Dini Sultan Abdul Halim dan dikenali sebagai Aisyah.Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena, adik Aisyah hanya menggunakan Cyber Café yang berdekatan rumahnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Penglibatan adik Aisyah adalah setelah kerap datang ke PI untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan sering mendapatkan tunjuk ajar daripada kakitangan PI untuk membantunya untuk mengunakan MS Office. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Aisyah kerap mengunjungi PI untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya. Menurut Adik Aisyah, setelah dia mengetahui dan menjadi ahli PI Pokok Sena, kemahirannya dalam MS Office dan ICT semakin mahir.Sifat ingin belajar menjadi pendorong terbesar menjadikan dia celik IT daripada rakan-rakanya.
Usahawan – Usahawan Online Kacang Goreng Ramen
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Miqdat bin Hanafi
Umur : 34 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No 52A, Kg Kolam, Mukim Tualang, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 014-9035130
Alamat emel : Chefkampung86@gmail.com
Facebook : Miqdad Kacang Ramen
LATAR BELAKANG:
En. Miqdad merupakan usahawan online dan Offline yang menjual kacang goreng yang kini makin popular di kalangan pengemar kacang goreng di daerah Pokok Sena dan sekitarnya. Kelainan produknya adalah dari segi rasanya. Beliau juga merupakan anak didik usahawan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Bermula sebagai pengeluar secara kecil-kecilan, dan kini En. Miqdad semakin serious di media social dalam mempromosikan produknya setelah menyertai latihan dan tunjuk ajar di Pusat Internet.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Semangat dan kuat berusaha menjadikan kisah kejayaan belia terpilh kerana sebelum ini, En. Miqdad hanya menggunakan platform facebook dan whatsapp sahaja untuk promosi. Namun, selepas mendapat bimbingan satf PI, En. Miqdad mampu membuka akaun Shopee untuk meluaskan lagi perniagaan atas taliannya. Selain itu, jualannya juga menunjukkan hasil yang positif dari segi tempahan.
Usahawan – Usahawan Online Biskut Mazola
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Siti Nur Syawanis Bt Roslee
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 53, Lorong 4 Kampung Aman 06400 Pokok Sena, Kedah Nombor telefon : 011-31815698
Alamat emel : sitinursyawanis16@gmail.com
Facebook : Biskut Mazola Warisan by Wanis Cookies
LATAR BELAKANG:
Saudari Syawanis atau mesra disapa wani merupakan seorang usahawan muda yang menjual biskut Mazola warisan. Beliau juga merupakan seorang pelajar di institusi swasta dalam bidang perniagaan. Bagi meneruskan perniagaan keluarga dan mengembangkannya, Saudari wani mengambil keputusan untuk menjadi pengelola akaun media sosial bagi produknya ini. Saudari wani banyak fokus kepada jualan secara terus kepada pelanggan dan hanya menggunakan platform media sosial secara tidak serius bagi mempromosikan produknya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Selepas mendapat bimbingan kakitangan PI, saudari wani sudah semakin memahir menguasai penggunaan ICT dan mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook dan media sosial yang lain. Walaupun usianya masih muda, namun semangat untuk belajar dan minat untuk meluaskan lagi pasarannya perlu dipuji dan disokong agar perniagaannya semakin maju dan berkembang.
Celik ICT -Nur Syaza Damia Binti Shukur
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nur Syaza Damia Binti Shukur
Umur : 12 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 71, Lorong Bunga Sena 2/3, Taman Sena Impian, Pokok Sena, Kedah.
LATAR BELAKANG:
Nur Syaza Damia merupakan pelajar tahun 6, di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Pokok Sena dan mesra dipanggil syaza. Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena, adik Syaza banyak menghabiskan masa dan mengulangkaji pelajaran di rumah dan kurang mahir untuk menggunakan ICT dan MS Office.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Penglibatan adik Syaza adalah setelah mengikuti kelas latihan Kem MS Office bersama rakannya di PI Pokok Sena. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Syaza kerap mengunjungi PI untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya kerana adik Syaza bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dan turut menyertai kelas tuisyen ekelas. Menurut Adik Syaza, PI banyak membantu dan memberi kemudahan secara tidak lansung untuk meningkatkan kemahiranya dalam pelajaran dan menjadikannya semakin celik IT.
Usahawan – Usahawan Dropship Produk Nurraysa
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Bariyatul Bushra Bt Abdul Rahman
Umur : 26 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 150, Lorong 9, Taman Desa Ilmu, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 012 5734453
Alamat emel : atulbushra_94@yahoo.com
Facebook : Bushra Abd Rahman
LATAR BELAKANG:
Saudari Bushra merupakan seorang pekerja di salah satu institusi swasta di Kedah dan membuat perniagaan secara sampingan. Beliau baru sahaja melibatkan diri dalam perniagaan di atas talian pada tahun ini. Kini, saudari Bushra sudah semakin memahir menguasai dan mengendalikan perniagaan produk di atas talian. Penggunaan ICT dan mempromosi barangan jualannya di ruangan Facebook dan media sosial yang lain turut dijalankan.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum ini, saudari Bushra tidak berminat untuk berniaga di atas talian kerana banyak faktor. Beliau hanya mengunakan media sosial untuk kegunaan peribadi sahaja.Namun setelah mencuba untuk menyertai team produk Nurraysa beliau telah membuktikan bahawa dia boleh bidang ini. Disini, sikap berani mencuba sesuatu yang baharu telah ditunjukkan oleh saudari Bushra dan telah pun membuktikan bahawa perniagaan secara atas talian ini sesiapa sahaja boleh menceburinya. Sifat kuat berusaha tanpa dan sentiasa bersemangat juga faktor utama dia dipilih menjadi usahawan pusat internet disamping sering meminta tunjuk ajar dari kakitangan pusat internet.
Usahawan – Usahawan Pek Nasi Arab Mandy
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Rabiatul Alawiyah Binti Omar
Umur : 29 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Pondok Bukit Lada, Jalan Kubur Panjang 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 019 8531026
Alamat emel : yellowbenelli@gmail.com
Facebook : Rabiatul Alawiyah
LATAR BELAKANG:
Saudari Rabiatul merupakan seorang pengusaha RA Kitchen dengan menjual produk pek nasi Arab hasil produk inovasi beliau sendiri. Beliau baru sahaja berjinak-jinak dengan bidang perniagaan di atas talian pada tahun ini. Saudari Rabiatul hanya menjalankan perniagaan secara terus kepada pelanggan kerana kurang aktif di media sosial.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Saudari Rabiatul dipilih menjadi usahawan pusat internet kerana semangat ingin belajar perniagaan diatas talian yang telah ditunjukkan oleh dirinya. Kini, Saudari Rabiatul sudah semakin aktif menguasai dan mengendalikan perniagaan produk di atas talian. Beliau banyak mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook dan media sosial. Beliau juga seorang yang tidak mudah putus asa dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam perniagaan.
Celik ICT - Muhamad Danish Bin Badrul Hisham
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhamad Danish Bin Badrul Hisham
Umur : 10 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Lot 22-A Kampung Jambu, Jalan Panchur , 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Muhammad Danish merupakan pelajar tahun 4, di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad dan dikenali sebagai Danish. Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena, adik Danish tidak mengetahui mengenai penggunaan MS Office dan lain-lainnya dan mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan computer.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Kegigihan dan ketekunan adik Danish untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan sering mendapatkan tunjuk ajar daripada kakitangan PI untuk membantunya untuk mengunakan MS Office. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PI, adik Danish kerap mengunjungi PI untuk mencari bahan rujukan pembelajarannya. Adik Danish mengakui, setelah dia menjadi ahli PI Pokok Sena, kemahirannya dalam MS Office dan ICT semakin mahir. Sifat ingin belajar yang kuat di dalam dirinya adalah pendorong terbesar dalam menjadikannya celik IT berbanding rakan-rakannya yang lain. Selain daripada itu, beliau juga sangat berminat dan berpotensi besar di dalam aplikasi yang melibatkan mereka sesebuah design.
Celik ICT - Teh Yai Ming
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Teh Yai Ming
Umur : 29 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No 224, Lorong 6, Kampung Baru, 06400 Pokok Sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Teh Yai Ming yang berusia 29 tahun adalah pengguna aktif yang selalu mengunakan perkhidmatan di PI. Saudara Ming merupakan komuniti setempat dan mesra dipanggil Ming. Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena, Ming banyak menghabiskan masa di rumah untuk membantu keluarganya dengan kerja harian kerana Ming tidak berkerja disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Penglibatan Ming adalah setelah mengikuti kelas latihan Kem MS Office di PI Pokok Sena. Ming kerap mengunjungi PI untuk belajar kelas MS Word dan juga kelas-kelas yang lain kerana baginya asas-asas MS dapat membantu saudara Ming untuk lebih mahir dalam menggunakan komputer. Menurut Ming, PI banyak membantu dan memberi kemudahan secara tidak langsung untuk meningkatkan kemahirannya dalam komputer dan menjadikannya semakin celik IT. Ming juga sering mendapatkan bantuan daripada staff PI untuk melayari Youtube dan menonton video-video menarik yang disukainya.
Usahawan – Usahawan Agen Barang Perhiasan Emas Tulin
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Ezza Fathima Nazeefa Binti Khalid
Umur : 23 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Lot 26, KM 23, Jalan Larek Permai 2, 06300 Jalan kuala Nerang, Kedah Kedah
Nombor telefon : 011 61882162
Alamat emel : Farizzuan7@gmail.com
Facebook : Ezza Fathima
LATAR BELAKANG:
Puan Ezza merupakan seorang suri rumah iaitu ibu kepada dua orang cahaya matanya. Oleh kerana minat dan desakan ekonomi, beliau sudah mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Puan Ezza hanya menjalankan perniagaan secara terus kepada pelanggan kerana kurang aktif di media sosial. Selepas mendapat bimbingan kakitangan PIK, Puan Ezza banyak menumpukan promosi perniagaannya di media sosial seperti instagram, facebook dan whatsaap.Pemilihan Puan Ezza sebagai usahawan PIK adalah kerana sikap berani mencuba peluang baharu dengan menceburi bidang perniagaan. Beliau juga menunjukkan semangatnya dalam mempromosikan produknya.
Celik ICT - Nor Hidayatul Fitriah Binti Hafisol
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nor Hidayatul Fitriah Binti Hafisol
Umur : 12 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : 112, Kg Panchur, 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Hidayatul merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Adik Hidayatul mula datang ke PIK adalah untuk menyiapakan kerja sekolahnya yang memerlukan pencarian maklumat di internet.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Sebelum penglibatan dengan PIK Pokok Sena, Adik Hidayatul hanya menggunakan akses internet data di telefon sahaja dan menyebabkan cariannya agak terhad.Adik Hidayatul kerap datang ke PIK untuk menyiapkan kerja sekolahnya dengan mengunakan MS Office yang telah diajarkan oleh kakitatangan PIK Serta untuk mengisi boring-borang kemasukkan Tingkatan 1 bagi sesi 2021. Menurut Adik hidayatul, PIK Pokok sena banyak membantunya dalam aspek pembelajarannya secara online dan kemahiran ICT. Semangat ingin belajar menjadi sebab utama pemilihan kisah kejayaan untuk kali ini.
Usahawan – Usahawan Dropship Pakaian Muslimah
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nor Husna Binti Ahmad
Umur : 32tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No. 517, Lorong Ketapang 2/1, Taman Bandar Baru ,06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 013-5620446
Alamat emel : husnadesamcoost@gmail.com
Facebook : Nor Husna (cik senyum)
LATAR BELAKANG:
Puan Husna merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan juga ibu kepada 3 orang cahaya mata. Beliau baru sahaja menceburi bidang perniagaan secara sampingan untuk keluarganya sebagai dropship untuk beberapa produk seperti pakaian muslimah berjenama As-Shifa.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Puan Husna menjalankan dropship hanya kerana unruk mencuba-cuba sahaja dan hanya mempromosikan kepada sahabat handai sahaja. Selepas mendapat bimbingan kakitangan PIK, Puan Husna sudah semakin berani dan bersemangat untuk menguasai penggunaan ICT dan mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook dan media sosial yang lain. Antara sebab pemilihan Puan Husna sebagai usahawan PIK adalah kerana sikap bersungguh-sungguh beliau ingin menuntut ilmu perniagaan dan beliau juga banyak bertanya dan merujuk kepada kakitangan PIK terdapat persoalan-persolan atau masalah dia dalam bisnes
Celik ICT - Siti Maisarah Binti Mohd Hanafi
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Siti Maisarah Binti Mohd Hanafi
Umur : 13 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 401, Kampung Kebun Jambu, Jalan Panchur , 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Maisarah merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. Dia sering datang ke Pusat Internet bersama rakan-rakan untuk mengulangkaji pelajaran. Jarak kediaman adik Maisarah juga berhampiran Pusat Internet Komuniti Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PI Pokok Sena, Adik Maisarah kurang mahir mengunakan ICT untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Adik Maisarah semakin kerap datang ke PIK untuk menyiapkan kerja sekolahnya dengan mengunakan MS Office yang telah diajarkan oleh kakitatangan PIK. Adik Maisarah merupakan seorang yang sangat peramah dan mesra untuk dalam meminta tunjuk ajar daripada kakitangan PIK serta dia juga seorang yang tidak malu untuk belajar dan bersemangat untuk belajar benda baharu.
Celik ICT - Muhamad Farish Bin Badrul Hisham
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhamad Farish Bin Badrul Hisham
Umur : 8 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Lot 22-A Kampung Jambu, Jalan Panchur , 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Farish merupakan seorang pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Dia kerap datang ke Pusat Internet untuk menggunakan akses internet bersama abangnya. Lokasi rumah adik Farish juga tidak jauh dari Pusat Internet.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PIK Pokok Sena, adik Farish seorang yang kurang mahir berkaitan ICT. Penglibatannya adalah secara tidak lansung mengikuti abangnya yang merupakan pelanggan aktif di Pusat Internet. Antara sebab mengapa adik Farish dipilih untuk kisah kejayaan ICT pada kali ini kerana sikapnya yang suka belajar dan gemar bertanya berkaitan ICT, secara tidak lansung menjadikannya semakin memahami penggunaan Komputer mahupun umurnya baru 8 tahun. Farish banyak mengikuti kelas ICT dan MS yang telah dijalankan di Pusat Internet. Menurut Adik Farish, kemahiran ICT nya semakin bertambah dan memudahkannya untuk menggunakan komputer.
Celik ICT - Muhamad Sofian Bin Mohd Yusof
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhamad Sofian Bin Mohd Yusof
Umur : 13 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Kampung Sungai Durian, Mukim Gajah Mati, 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Sofian adalah pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. Adik Sofian menjadi ahli PIK sejak tahun 2020 sewaktu dia masih di sekolah rendah lagi.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PIK Pokok Sena, Adik Sofian banyak mengahabiskan masa bersama rakan-rakannya dan kurang pendedahan berkaitan ICT. Setelah menjadi ahli PIK, Adik Sofian lebih kerap mengunjungi pusat internet untuk menggunakan akses internet dan banyak meminta tunjuk ajar daripada kakitangan PIK. Adik Sofian merupakan seorang ahli aktif yang sering menyertai kelas latihan kemahiran ICT di PIK dan menjadi sebab mengapa dia terpilih untuk kisah kejayaan pada kali ini. Menurut Adik Sofian, dia sangat gembira kerana kemahiran ICT dalam dirinya sudah semakin mahir dengan bantuan kakitangan PIK yang banyak membantunya. Dia juga sangat suka menyertai kelas di PIK kerana dia mudah untuk memahami setiap kali kelas yang dianjurkan.
Usahawan – Usahawan Online Dengan Menjual Perfume Kereta Dan Aksesori Homemade
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Hafizah Binti Hazlan
Umur : 34 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : 1E, Lorong Sharifah , Jln Sg Mati, 06500 Langgar, Kedah
Nombor telefon : 013-4681418
Alamat emel : hafizah_hazlan@gmail.com
Facebook : HBH_shop
LATAR BELAKANG:
Puan Hafizah merupakan seorang usahawan yang menggunakan jenama produknya sendiri iaitu HBH Shop yang mula beroperasi pada tahun 2018. Puan Hafizah juga adalah merupakan seorang pelatih yang aktif mengajar kelas pembuatan sabun homemade.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Puan Hafizah adalah usahawan yang mempunyai kedai dan jenama produknya sendiri. Selain daripada aktif di dalam pembuatan sabun homemade, Puan Hafizah juga turut mengeluarkan produk pewangi kereta jenamanya sendiri yang menggunakan bahan-bahan organik dan semula jadi. Selepas mendapat bimbingan kakitangan PIK, Puan Hafizah sudah semakin berani dan bersemangat untuk menguasai penggunaan ICT dan mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook dan media sosial yang lain. Antara sebab pemilihan Puan Hafizah sebagai usahawan PIK adalah kerana Puan Hafizah mempunyai cita-cita tinggi untuk memasarkan produknya dengan lebih meluas lagi. Puan Hafizah juga tidak jemu-jemu untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada kakitangan PIK untuk mendapatkan nasihat di dalam mempromosikan produk beliau.
Usahawan Kosmetik Dan Kesihatan Online Dengan Menjadi Agen Ufora Kosmetik
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Siti Zuraidah Binti Ebau Nayan
Umur : 31 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 80A, Kampung Padang, Mukim Gajah Mati, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 013-4776564
Alamat emel : ayramirza90@gmail.com
Facebook : zuefairuz
LATAR BELAKANG:
Puan Zuraidah adalah seorang kakitangan kerajaan dan juga merupakan agen kepada produk kosmetik Ufora. Beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan pada awal tahun 2017 dan membuat keputusan untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen kepada produk kosmetik Ufora.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Pada awalnya, Puan Zuraidah yang merupakan pengguna setia produk kosmetik Ufora hanya ingin mempromosikan produk ini kepada sahabat handai sahaja. Namun, setelah mendapat sambutan daripada rakan-rakan dan keluarga, Puan Zuraidah membuat keputusan untuk menjadi agen kepada produk ini. Selepas mendapat bimbingan kakitangan PIK, Puan Zuraidah sudah semakin berani dan bersemangat untuk menguasai penggunaan ICT dan mempromosi barangan julanannya di ruangan Facebook dan media sosial yang lain. Antara sebab pemilihan Puan Zuraidah sebagai usahawan PIK adalah kerana kesungguhannya untuk belajar dan mempelajari ilmu keusahawanan terutamanya dengan menggunakan platform media sosial. Beliau ingin menjadikan PIK sebagai sumber rujukan agar beliau dapat melariskan lagi produk kosmetik yang dijualnya.
Celik ICT- Harendran A/L Ramachandran
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Harendran A/L Ramachandran
Umur : 15 Tahunn
Jantina : Lelaki
Alamat : Kampung Jambu, Jalan Panchur , 06400 Pokok sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Harendran adalah merupakan ahli lama di PEDi Pokok Sena. Pemilihan untuk datang ke PEDi setelah tertarik untuk menggunakan perkhidmatan bagi akses internet. Adik Harendran juga merupakan salah seorang pelajar tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Pokok Sena
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Sebelum penglibatan dengan PEDi Pokok Sena, adik Harendran mengakui bahawa agak kurang mahir untuk menggunakan komputer oleh kerana dia kurang terdedah dengan kelas-kelas ICT. Adik Harendran kerap datang ke PEDi untuk menyiapkan kerja dan mendapatkan bimbingan petugas pusat internet serta menyertai beberapa kelas ICT.
Usahawan - Usahawan Pelbagai Jenis Tudung Wanita
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Puteri Noratikah Binti Ahmad
Umur : 23 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Lorong klinik belakang rumah murah, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 014-3481998
Alamat emel : ptriatkh98@gmail.com
Facebook : ptriscaft
LATAR BELAKANG:
Saudari Puteri masih baru menceburi bidang bisness tudung ini. Disamping menjual tudung dia juga menyediakan perkhidmatan juru mekap bagi komuniti yang terdekat.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Keberanian Saudari Puteri dalam mencuba menjual barangan secara atas talian diusia yang muda menjadikan beliau usahawan pilihan pada kali ini. Beliau telah menjual dan membuka akaun jualan di platform Facebook dan Shopee. Semangat dan keyakinan Saudari Puteri harus diteladani dengan menjual barangan di atas talian yang merupakan salah satu plafform yang mudah dikendalikan berbanding menjual secara terus kepada pelanggan. Hasil jualan beliau di platform shopee turut menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.
Usahawan – Usahawan Produk Kesihatan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Noor Azliza Binti Romali
Umur : 43 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 39, Kampung Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 019-4287909
Alamat emel : romalylieza@gmail.com
Facebook : lieza romaly
LATAR BELAKANG:
Puan Azliza adalah seorang dropship yang baru berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan. Mengambil inisiatif untuk bermula dengan menjadi seoarang dropship produk kesihatan, Puan Azliza berharap supaya beliau akan dapat menjadi seorang usahawan yang Berjaya dan akan dapat memperkenalkan produknya sendiri satu masa nanti.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Kesungguhan Puan Azliza di dalam menceburi suatu bidang yang baharu menjadikan beliau antara sebab beliau dipilih sebagai usahawan pilihan pada kali ini. Minat dan kesungguhan beliau dapat dilihat dari semangat beliau yang tidak berhenti-henti untuk mencari inisiatif baharu supaya produk yang dijual olehnya akan mendapat sambutan ramai. Oleh kerana beliau masih baru lagi di dalam perniagaan, beliau menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan juga WhatsApps untuk mempromosikan produk kesihatan tersebut. Menurut Puan Azliza, sambutan yang diberikan oleh pelanggan adalah pembakar semangat kepada beliau untuk terus berjaya di dalam bidang perniagaan ini. Semangat dan keyakinan yang dimiliki oleh Puan Azliza harus menjadi teladan kepada sesiapa yang ingin ataupun telah menceburi bidang perniagaan kerana beliau sangat komited di dalam melakukan sesuatu perkara.
Celik ICT- Muhammad Zaim Muqri Bin Hadzri
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhammad Zaim Muqri Bin Hadzri
Umur : 11 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No 58, Kampung Sungai Durian, 06400 Pokok Sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Zaim adalah merupakan ahli baharu di PEDi Pokok Sena yang datang ke PEDi setelah tertarik untuk menggunakan perkhidmatan bagi akses internet. Sebelumnya, adik Zaim menceritakan bahawa rakan-rakannya banyak bercerita mengenai PEDi kepadanya dan membuatnya tertarik untuk datang ke PEDi. Adik Zaim juga merupakan salah seorang pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Zaim mengakui bahawa beliau agak kurang mahir untuk menggunakan komputer oleh kerana kurang terdedah dengan kelas-kelas ICT sebelum penglibatannya di PEDi. Selain daripada itu, adik Zaim kerap datang ke PEDi untuk menyiapkan kerja dan mendapatkan bimbingan petugas PEDi serta menyertai beberapa kelas ICT. Adik Zaim juga mengaku bahawa kemahiran ICT nya semakin bertambah apabila beliau terlibat dengan kelas yang dijalankan oleh petugas PEDi
Celik ICT- Nurul Husna Binti Mohamad Zaki
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Nurul Husna Binti Mohamad Zaki
Umur : 13 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 43, Kampung Lancuk Tok Leek, Jalan Panchur, 06400 Pokok Sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Husna adalah merupakan ahli baharu yang mendaftar di PEDi Pokok Sena untuk menggunakan kemudahan komputer bagi urusan kerja sekolah. Adik Husna yang merupakan salah seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Pokok Sena 1 adalah antara pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam di dalam penggunaan ICT dan multimedia.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Husna menceritakan perihal kesukaran dan kesulitan yang dihadapinya kerana mempunyai ilmu yang sedikit di dalam penggunaan ICT dan multimedia menyulitkan pembelajarannya di sekolah jika melibatkan penggunaan komputer. Beliau juga menjelaskan minatnya yang mendalam dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk belajar ICT. Setelah menjadi ahli di PEDi Pokok Sena, adik Husna kerap datang ke PEDi untuk menyiapkan kerja dan mendapatkan bimbingan petugas PEDi serta menyertai beberapa kelas ICT. Adik Husna juga mengaku bahawa kemahiran ICT nya semakin bertambah apabila beliau terlibat dengan kelas yang dijalankan oleh petugas PEDi
Usahawan – Usahawan Produk Kesihatan, Elektrik dan Produk Detergent
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Shaharani @ Salmah Shaari
Umur : 42 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 265, Lorong Damai 8, Taman Damai, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 011-10941303
Alamat emel : shaharanisalmah@gmail.com
Facebook : kedai bajet
LATAR BELAKANG:
Puan Shaharani adalah seorang agent yang telah lama memasuki bidang perniagaan iaitu pada tahun 2008. Puan Shaharani yang memulakan perjalanan perniagaannya dengan menjadi seorang dropship produk kesihatan, kini telah menjadi seorang agent dan juga telah meluaskan perniagaan sambilan beliau ini di dalam perniagaan elektrik, kecantikkan dan juga produk detergent.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Puan Shaharani telah dipilih menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga menunjukkan bahawa golongan usahawan, khususnya kaum wanita juga mampu membahagikan masa dengan baik dan teratur walaupun sibuk dengan pekerjaan dan juga memainkan peranan yang baik sebagai seorang isteri dan juga ibu. Puan Shaharani ada seorang guru Taska dilihat sangat baik menguruskan masa beliau sebagai seorang guru, isteri, ibu dan juga usahawan. Kisah beliau ini harus dijadikan insprirasi kepada para wanita lain kerana beliau sentiasa positif di dalam kehidupan beliau. Puan Shaharani juga menggunakan platform online seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk beliau melariskan jualan beliau dan mendapat lebih banyak jangkauan pelanggan. Mengimbau kembali kenangan ketika tidak ramai pengguna menggunkan platfrom online untuk perniagaan, Puan Shaharani mengaku agak sukar bagi beliau untuk mendapat capaian pelanggan yang dikehendaki. Namun, kini itu semua tidak menjadi lagi penghalang buat beliau kerana platfrom online yang meluas membantu beliau untuk mempromosikan produk jualannya. Puan Shaharani juga melihat platform ini sebagai kelebihan dan bertekad untuk menggiatkan lagi jualan produk beliau agar beliau dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya pada satu hari nanti. Semangat dan kegigihan Puan Shaharani harus dijadikan sebagai teladan kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan ataupun meningkatkan lagi jualan produk yang sedia ada
Usahawan – Usahawan Gerai Makanan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nor Ashraf Binti Md Nanyian
Umur : 35 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 43, Kampong Paya, Mukim Bukit Lada, 06400 Pokok Sena, Kedah.
Nombor telefon : 012-5997662
Alamat emel : norashraf120887@gmail.com
Facebook : Rindu Rin
LATAR BELAKANG:
Puan Nor Ashraf adalah seorang peniaga gerai makanan ataupun penjaja makanan yang baru menjinakkan diri di dalam perniagaan ini. Puan Nor Ashraf yang memulakan perjalanan perniagaannya bersama rakannya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi membantu menambah pendapatan keluarganya.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Puan Nor Ashraf telah dipilih menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana kegigihan dan semangat yang ditunjukkan olehnya. Beliau telah mengubah pandangan masyarakat bahawa seorang surirumah juga dapat berniaga dan membantu menambahkan pendapatan keluarga. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, beliau sangat bijak untuk membahagikan masa untuk keluarga dan juga perniagaannya. Gerai yang bermula pada pukul 2 petang adalah masa yang tepat kerana menurut beliau pada masa tersebut adalah masa lapang untuknya berniaga. Puan Nor Ashraf juga senantiasa positif dan bersungguh-sungguh di dalam berniaga kerana baginya ini adalah permulaan untuk beliau serius dengan bidang ini kerana beliau bercita-cita untuk meluaskan lagi perniagaannya selepas ini. Menyedari tentang kepentingan platform media social dalam mempromosikan perniagaannya, Puan Nor Ashraf menggunakan platform Facebook dan Whatsapps khususnya untuk mempromosikan perniagaannya. Beliau mengaku dengan adanya platform online ini telah membantu beliau untuk mencapai lebih banyak pembeli bukan sahaja dari komuniti setempat tapi juga komuniti lain. Semangat dan kegigihan Puan Nor Ashraf sebagai seorang peniaga gerai ini patut dicontohi kerana beliau telah membuktikan bahawa suri rumah juga dapat menghasilkan pendapatan sekiranya bersungguh-sungguh di dalam sesuatu perkara. Sekaligus beliau telah mengubah ideologi orang ramai tentang suri rumah tidak boleh berjaya.
Celik ICT- Muhammad Firas Syamil bin Mohd Fitri
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhammad Firas Syamil Bin Mohd Fitri
Umur : 9 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : No 41, Kampung Jambu, Jalan Panchur, 06400 Pokok Sena, Kedah
LATAR BELAKANG:
Adik Firas adalah merupakan ahli baharu yang telah berdaftar di PEDi Pokok Sena setelah menyertai beberapa Kelas ICT dan juga kelas MS Word. Adik Firas yang merupakan salah seorang pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad adalah seorang pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam di dalam penggunaan ICT dan multimedia. Hal ini dapat dilihat apabila adik Firas menyertai kelas-kelas yang disediakan dia PEDi Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Berlatar belakang sebagai seorang anak kepada seorang Guru Tadika menjadikan adik Firas sering terdedah dengan pendedahan daripada ibunya yang menerapkan rasa dan minat yang tinggi di dalam setiap apa yang dilakukannya. Hal ini diakui sendiri oleh ibu adik Firas yang juga merupakan pengguna di PEDi Pokok Sena. Beliau menerangkan tentang minat adik Firas yang mendalam di dalam bidang ICT dan Multimedia. Adik Firas juga bercita-cita untuk menjadi seorang programmer pada suatu hari nanti. Kekangan masa dan juga peralatan di rumah menyukarkan adik Firas untuk belajar ICT dan juga kesulitan untuk melakukan kerja sekolah yang memerlukannya untuk menggunakan computer. Setelah mengetahui dan memahami fungsi PEDi, adik Firas lebih kerap berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh staff PEDi pada setiap hujung minggu. Kini, adik Firas semakin mahir dan lebih cekap menggunakan ICT setelah menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh staff PEDi
Usahawan – Usahawan Produk Kecantikan & Sarung Sofa
Nama Individu : Siti Sarah Binti Rosli
Umur : 38 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Batu 15 ¼ Jalan Kuala Nerang,06300 Kuala Nerang,Kedah.
Nombor telefon : 017-5945966
Alamat emel :sitisarah276@gmail.com.my
Facebook : Sarah Rosli
LATAR BELAKANG:
Puan Siti Sarah merupakan hanya seorang suri rumah.Mula mencari sumber pendapatan lain secara sambilan dan menceburi bidang perniagaan sejak 2012 untuk membantu suaminya dengan melakukan cod produk kecantikan di sekitar rumahnya dan juga rakan-rakan terdekat.Puan Sarah juga menjadi ejen dropship Sarung Sofa
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH
Puan Siti Sarah telah dipilih menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana semangat dan kegigihannya mampu dijadikan inspirasi buat para usahawan kecil yang baru berjinak-jinak mahu memulakan sebarang perniagaan. Puan Siti Sarah membuktikan bahawa dengan modal yang kecil mampu memulakan perniagaan selagi mempunyai semangat dan juga kegigihan dalam memulakan sebarang perniagaan. Beliau juga membuktikan kepada peniaga lain bahawa suri rumah juga mampu menjana pendapatan dengan sendiri.Walaupun beliau mempunyai 3 orang anak, beliau mampu menguruskan masa dengan baik untuk perniagaannya. Bagi memantapkan lagi jualan, beliau sering ke Pusat Ekonomi (PEDI Pokok Sena) untuk menyertai Kelas Asas Usahawan dan mempelajari cara mempromosikan produk supaya dapat meningkatkan lagi prestasi jualannya. Beliau memulakan jualan di Shopee setelah mempelajari di PEDI Pokok Sena sedikit sebanyak menambahkan lagi pendapatan bulanannya. Puan Siti Sarah juga menggunakan platform Facebook (Marketplace) dan Whatsapps khususnya untuk mempromosikan perniagaannya. Beliau mengaku dengan adanya platform online ini telah membantu beliau untuk mencapai lebih banyak pembeli bukan sahaja dari komuniti setempat tapi juga pembeli yang jauh. Semangat dan kegigihan Puan Siti Sarah sebagai seorang peniaga online ini patut dicontohi kerana beliau telah membuktikan bahawa suri rumah juga dapat menghasilkan pendapatan sekiranya bersungguh-sungguh di dalam sesuatu perkara. Sekaligus beliau telah mengubah ideologi orang ramai tentang suri rumah tidak boleh berjaya
Celik ICT- Muhamad Adib bin Abdullah
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Muhamad Adib Bin Abdullah
Umur : Tingkatan 3
Jantina : Lelaki
Alamat : Kampung Baru Panchor Mukim Derang ,06400 Pokok Sena,Kedah.
LATAR BELAKANG:
Adik Adib adalah merupakan ahli baharu yang telah berdaftar di PEDi Pokok Sena setelah menyertai beberapa Kelas ICT dan juga kelas MS Word. Adik Adib yang merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena adalah seorang pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam di dalam penggunaan ICT dan multimedia. Hal ini dapat dilihat apabila adik Adib menyertai kelas-kelas yang dilaksanakan di PEDi Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Adib merupakan seorang anak kepada Pembantu Perawatan Kesihatan menjadikan adik Adib sering terdedah dengan pendedahan daripada ibunya yang menerapkan rasa dan minat yang tinggi di dalam setiap apa yang dilakukannya. Hal ini diakui sendiri oleh ibunya yang juga merupakan pengguna setia di PEDi Pokok Sena dan tinggal berdekatan dengan lokasi PEDI. Beliau sering menceritakan bahawa Adik Adib sangat berminat dengan pembelajaran yang melibatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan Multimedia. Kekangan masa dan juga peralatan di rumah seperti komputer agak menyukarkan adik Adib untuk belajar ICT dan juga kesulitan untuk melakukan kerja sekolah yang memerlukannya untuk menggunakan komputer. Setelah mengetahui dan memahami fungsi PEDi, adik Adib acap kali berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh petugas PEDi pada setiap hujung minggu mahu pun semasa waktu hari persekolahan. Kini, adik Adib semakin mahir dan lebih cekap menggunakan ICT setelah menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh staff PEDi.
Usahawan – Usahawan Produk Kecantikan & Sarung Sofa
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Siti Asma Bt Mustafa
Umur : 48 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 48 Kg Panchor MK Derang 06400 Pokok Sena Kedah.
Nombor telefon : 013-5962646
Alamat emel :cikasma46@gmail.com
Facebook : Siti Asma
LATAR BELAKANG:
Puan Siti Asma Bt Mustafa merupakan seorang peniaga kuih muih secara kecil-kecilan di sebuah gerai berhadapan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDI Pokok Sena sejak 4 tahun lalu. Selain itu, Puan Asma juga merupakan ejen dropship bagi produk kecantikan Nurraysa.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Puan Asma telah dipilih menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana semangat dan kegigihannya mampu dijadikan inspirasi buat para usahawan kecil yang mahu memulakan sebarang perniagaan.Puan Asma juga membuktikan bahawa dengan berniaga secara kecil-kecilan juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan buatnya. Setelah bisnes kecil-kecilan beliau mula memberikan hasil yang lumayan, beliau meluaskan perniagaan kuih muihnya dengan khidmat penghantaran secara COD. Bisnes beliau semakin maju setelah beliau sering ke Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Pokok Sena untuk mempelajari cara mempromosikan dan cara menarik minat para pembeli diluar sana secara diatas talian melalui platform Facebook dan juga di Whatsapp.
Berkat kegigihan mempromosikan produknya, sekarang beliau mula menjadi bisnes dengan menjadi ejen dropship bagi produk kecantikan Nurraysa. Bagi produk kecantikan Nurraysa beliau sering berkunjung ke PEDI Pokok Sena bagi mempelajari kelas Asas Shopee yang dianjurkan oleh petugas PEDI. Beliau mengaku dengan adanya platform online ini telah membantu beliau untuk mencapai lebih banyak pembeli bukan sahaja dari komuniti setempat tapi juga komuniti lain. Semangat beliau harus dijadikan ikutan bagi peniaga yang baru mula berniaga kerana beliau telah membuktikan bahawa suri rumah juga dapat menghasilkan pendapatan sekiranya bersungguh-sungguh di dalam sesuatu perkara. Sekaligus beliau telah mengubah ideologi orang ramai tentang suri rumah tidak boleh berjaya.
Celik ICT- Wan Ayesha Humaira Bt Wan Mohd Fariz
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Wan Ayesha Humaira Bt Wan Mohd Fariz
Umur : 9 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 41, Lorong Jambu 4, Kampung Kebun Jambu, Jalan Panchur, 06400 Pokok Sena,Kedah.
LATAR BELAKANG:
Adik Ayesha yang merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad adalah merupakan ahli baharu yang telah berdaftar di PEDi Pokok Sena setelah menyertai beberapa Kelas ICT dan juga kelas MS Word. Adik Ayesha adalah seorang pelajar yang sangat tekun dan bersemangat di dalam setiap kelas yang dijalankan di PEDi Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Ayesha pada awalnya hanya mengikuti Kelas ICT yang dijalankan di PEDi Pokok Sena telah membuatnya merasa berminat dan ingin tahu dengan lebih berkaitan ICT kerana baginya banyak yang dipelajari di dalam kelas ICT yang diajarkan oleh pengajar PEDi. Ibunya juga mengaku bahawa penguasaan Adik Ayesha di dalam ICT telah banyak berkembang setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi.
Dikatakan juga Adik Ayesha menjadi semakin rajin dan fokus di dalam pembelajaran di sekolah. Ditambah pula lokasi PEDi yang berdekatan dengan rumahnya memudahkannya untuk ke PEDi bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah dan lain-lain. Bercakap mengenai kekangan masa dan juga teknologi, ibu Adik Ayesha mengaku dengan adanya kelas ICT dan multimedia yang diadakan di PEDi Pokok Sena adalah satu usaha yang baik dalam membantu anak-anak khususnya untuk mendalami teknologi ICT dan multimedia yang banyak diterapkan di dalam sistem pendidikan pada zaman sekarang.
Celik ICT- Dhiya Qaireen Raihanna Binti Mohd Hayazi
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu: Dhiya Qaireen Raihanna Binti Mohd Hayazi
Umur : 9 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 41, Lorong Jambu 4, Kampung Kebun Jambu, Jalan Panchur, 06400 Pokok Sena,Kedah.
LATAR BELAKANG:
Adik Dhiya yang merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad adalah merupakan ahli baharu yang telah berdaftar di PEDi Pokok Sena setelah menyertai beberapa Kelas ICT dan juga kelas MS Word. Adik Dhiya yang selalu aktif datang ke PEDI Pokok Sena adalah seorang ahli PEDI yang sentiasa menyertai dan menunjuk minat terhadap sebarang kelas yang diadakan di PEDI Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Dhiya mulai aktif dalam aktiviti yang diadakan di PEDI Pokok Sena pada tahun 2022.Pada mulanya Adik Dhiya agak malu untuk datang belajar menggunakan penggunaan komputer kerana Adik Dhiya kurang mahir dalam ICT. Setelah ibunya sering memberikan dorongan untuk Adik Dhiya sentiasa datang ke PEDI Pokok Sena belajar, Adik Dhiya semakin hari semakin mahir menggunakan komputer. Sejak dari itu, sebarang kelas ICT seperti kelas E-learning dan Kelas Soft Skill sering Adik Dhiya sertai.Ibu Dhiya juga sering juga memberitahu tentang peningkatan kemahiran Adik Dhiya dalam ICT yang semakin hari semakin bertambah baik.
Di samping itu, Adik Dhiya juga semakin seronok untuk datang ke PEDI kerana dapat belajar pelbagai Kelas ICT bersama kawan-kawan yang lain. Atas daya usaha Adik Dhiya sendiri dan juga dengan bimbingan petugas PEDI Adik Dhiya mampu menghasilkan video-video yang menarik dengan menggunakan Canva.com. Disamping itu, Adik Dhiya juga semakin memberikan tumpuan didalam kelas di sekolahnya. Ibu Adik Dhiya juga berterima kasih kepada pihak PEDI Pokok Sena yang membantu anak-anak khususnya untuk mendalami teknologi ICT dan multimedia yang banyak diterapkan di dalam sistem pendidikan pada zaman sekarang.
Usahawan – Usahawan Produk Kesihatan dan Runner
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nurul Hashikin Binti Mohd Shafie
Umur : 37 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kampung Panchur, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 014-2559446
Alamat emel : nurulhashikin778@gmail.com
Facebook : Nurul Hashikin Cikqien
LATAR BELAKANG:
Puan Hashikin adalah seorang runner yang menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil barang. Selain daripada itu, Puan Hashikin juga merupakan seorang agen produk kesihatan HSM dan lain-lain.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
APEDi Pokok Sena memilih Puan Hashikin menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana kagum dengan semangat dan kegigihan Puan Hashikin yang diharapkan dapat menjadi aspirasi kepada orang lain. Melihat kerajinan dan kesungguhan Puan Hashikin dalam mengembangkan perniagaan dan perkhidmatannya untuk melangkah lebih jauh lagi pastinya membuat ramai yang kagum dengan kegigihan beliau. Sikap positif dan ketekunan Puan Hashikin dapat dilihat daripada kepelbagaian perkhidmatan dan jualan yang dilakukan oleh beliau. Tidak menjadikan alasan sibuk menguruskan anak-anak dan juga keluarga sebagai kekangan, Puan Hashikin adalah seorang wanita yang berdikari dan bercita-cita untuk meluaskan lagi skop perniagaan dan perkhidmatannya. Mengimbau kembali pada awal-awal penglibatan Puan Hashikin dalam perniagaan adalah ketika pandemic covid melanda negara Malaysia.
Dari sini lah Puan Hashikin melihat peluang di dalam bidang perniagaan yang boleh dilakukan olehnya disamping dapat membantu meringankan bebanan keluarga yang tentunya dirasai oleh kebanyakkan orang setelah pandemic covid. Puan Hashikin juga sering datang ke PEDi Pokok Sena dan mengutarakan keinginannya untuk menyertai kelas keusahawanan bagi meningkatkan lagi jualan dan juga servis perkhidmatannya.
Staff PEDi Pokok Sena telah membantu Puan Hashikin untuk membuka akaun Shopee untuk membuka lagi platform online untuk perniagaannya. Bukan itu sahaja, Puan Hashikin juga menghantar anaknya untuk menghadiri kelas ICT, E-Learning dan juga Soft Skills yang dianjurkan oleh PEDi Pokok Sena dengan rutin. Puan Hashikin sangat bersyukur kerana PEDi Pokok Sena banyak membuka peluang kepada komuniti untuk menyertai kelas-kelas ICT dan keusahawanan yang tentunya membantu usahawan sepertu beliau untuk menjangkau lebih banyak lagi pasaran luar. Semangat dan ketekunan Puan Hashikin harus dicontohi oleh orang lain yang ingin menceburi bidang keusahawanan ini yang tentunya akan menghasilkan pendapatan yang banyak.
Celik ICT - Nur Ainsyatun Nuha Binti Abdul Aziz
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Nur Ainsyatun Nuha Binti Abdul Aziz
Umur : 37 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Kampung Padang Temusu ,06400 Pokok Sena.
LATAR BELAKANG:
Nur Ainsyatun Nuha Binti Abdul Aziz adalah merupakan ahli baharu yang telah berdaftar di PEDi Pokok Sena setelah menyertai beberapa Kelas ICT dan juga kelas MS Word. Dia yang merupakan salah seorang murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau adalah seorang pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam di dalam penggunaan ICT dan multimedia.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Nur Ainsyatun merupakan seorang murid yang pemalu dan pendiam di sekolahnya. Berkat kerajinan Ainsyatun datang menyertai kelas ICT yang diadakan di PEDi Pokok Sena serba sedikit menjadikan dia seorang suka bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, setiap kelas ICT yang diadakan di PEDi yang diadakan akan disertainya dan ibu bapanya sangat menggalakkan dia untuk menyertai sebarang kelas yang diadakan. Respon positif dari ibu bapa juga memberitahu bahawa Ainsyatun mula menunjukkan minat untuk mempelajari kelas yang berkaitan dengan ICT.
Antara kelas ICT yang sering disertai adalah kelas Ms Office, Kelas Menaip ( Fast Typing), kelas Stem Iot dan juga kuiz Kahoot. Petugas PEDi jugak turut berharap Ainsyatun sentiasa mengaplikasikan setiap ilmu ICT yang telah diajarkan. Di samping itu turut jugak berharap setelah Ainsyatun mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi, dia mampu menguasi penggunaan komputer dan juga internet dengan sangat baik dan melalui pembelajran ini membolehkan dia transformasikan dirinya agar terus maju ke hadapan.
Usahawan – Usahawan Jahitan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Siti Kholijah Bt Ali
Umur : 38 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No B3, Bangunan Putek Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah
Nombor telefon : 012-5353185
Alamat emel : skholijah85@gmail.com
Facebook : Siti Kholijah
LATAR BELAKANG:
Puan Kholijah adalah seorang usahawan jahitan yang telah lama menceburi bidang jahitan sehingga sudah dikenali oleh komuniti setempat mahupun luar.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
PEDi Pokok Sena memilih Puan Kholijah menjadi usahawan pilihan pada kali ini kerana beliau mempunyai semangat yang tinggi di dalam menjalankan perniagaan jahitannya sehingga berjaya mendaftarkan perniagaannya iaitu NS HaraPAN Enterprise. Sikap positif dan kegigihan yang ditunjukkan oleh Puan Kholijah membantu beliau untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang jahitan ini. Selain daripada itu, beliau juga sering menjadi pilihan dan mendapat pujian daripada pelanggan-pelanggan beliau kerana jahitan yang dihasilkan olehnya kemas dan selesa dipakai. Dengan tekad dan kegigihan beliau, Puan Kholijah tentunya mempunyai masa depan yang cerah dan boleh melangkah lebih besar lagi di dalam bidang jahitan ini. Sebagai seorang wanita yang berumah tangga dan sibuk dengan urusan keluarganya, Puan Kholijah tidak menjadikan semua itu sebagai kekangan baginya tetapi beliau dapat membahagikan masa dengan betul dan juga meluangkan masa dengan ahli keluarganya.
Puan Kholijah juga mengakui bahawa di awal kemunculannya di dalam bidang jahitan, agak sukar baginya untuk meraih keyakinan pengguna untuk menggunakan perkhidmatannya, namun kegigihan dan dedikasi yang diberikan oleh Puan Kholijah akhirnya membuahkan hasil apabila Berjaya menambat hati pengguna di Kawasan sekitar mahupun luar. Melihat PEDi sebagai usaha untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang perniagaannya, Puan Kholijah akhirnya tampak lebih yakin dan berani untuk mencuba platform e-commerce bagi memasarkan lagi perkhidmatannya. Mendapatkan penerangan dan nasihat daripada staff PEDi Pokok Sena, Puan Kholijah telah membuat akaun Shopee bagi meluaskan perniagaan e-commerce beliau. Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak PEDi kerana telah mewujudkan platform seperti ini yang mana dapat membantu usahawan-usahawan seperti beliau untuk lebih berani melangkah ke platform e-commerce.
Kisah Kejayaan
MAKLUMAT DIRI
Nama Individu : Anis Arisya Binti Muhamad Saiful Akmal
Umur : Tingkatan 1
Jantina : Perempuan
Alamat : Batu 15 ¼ Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
Nombor telefon : 013-5711508
LATAR BELAKANG:
Anis Arisya Binti Muhamad Saiful Akmal yang berumur 13 Tahun merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Iltizam dan merupakan salah seorang pelajar yang sering mengikuti kelas ICT yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pokok Sena.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Adik Arissya dipilih pada kali ini untuk Kisah kejayaan (Celik IT). Adik Arissya merupakan seorang pelajar celik IT dan cepat mempelajari sesuatu dalam kelas yang diadakan. Sebelumnya, penggunaan ICT dan penglibatan dalam kelas yang pihak NADI adakan Adik Arissya tidak mahir serta tidak tahu langsung tentang komponen komputer serta cara menggunakan komputer. Dia jugak tidak tahu tentang asas penggunaan computer.
Selepas menjadi ahli NADI, adik Arissya telah mengikuti beberapa siri kelas serta latihan ict yang dijalankan oleh petugas NADI. Pada permulaan penglibatan adik Arissya, dia masih kekok untuk menggunakan computer. Tahap penguasaan dalam membuat latihan yang diberi oleh petugas juga agak perlahan. Selepas mengikuti beberapa latihan dan kelas ict, adik Arissya semakin mahir menggunakan komputer. Selain itu, setiap latihan yang diberi oleh petugas diselesaikan dengan betul tanpa bantuan daripada petugas NADI.
Usahawan – Usahawan Jahitan Pakaian
Nama Individu : Siti Kholijah bt Ali
Umur : 39 Tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No B3,Bangunan PUTEK Pokok Sena,06400 Pokok Sena,Kedah
Nombor telefon : 012-5353185
Alamat emel : kholijah89@gmail.com
Facebook : Siti Kholijah
LATAR BELAKANG:
Puan Siti Kholijah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Puan Kholijah mempunyai bakat dalam bidang jahitan pakaian.Mempunyai 5 orang anak dimana Puan Kholijah memulakan perniagaan jahitan untuk membantu suaminya dari segi ekonomi.
KENAPA KISAH KEJAYAAN INI DIPILIH:
Puan Kholijah telah dipilih menjadi usahawan di NADI Pokok Sena pada kali ini kerana semangat dan kegigihannya mampu dijadikan inspirasi buat para usahawan kecil yang mahu memulakan sebarang perniagaan. Dengan bakat dan kemahirannya dalam bidang jahitan pakaian telah memberikan semangat kepadanya untuk terus menerima tempahan dari komuniti setempat. Apabila dia mula menerima tempahan dari pelanggan dia sekali gus mampu meningkatkan pendapatan usahawan. Dalam masa yang sama dia dapat mengurangkan beban suaminya dalam mencari pendapatan.Di samping itu, Puan Kholijah juga sering hadir ke kelas usahawan yang diadakan di NADI bagi memantapkan lagi pengetahuannya dan memberikan persediaan dalam mempromosikan jahitan. Puan Kholijah juga sedar bahawa dia kurang mahir dalam penggunaan aplikasi media social. Melalui penyertaannya dalam Kelas Asas Keusahawanan yang dia sertai di NADI sedikit sebanyak memberikan pendedahan tentang kepentingan usahawan untuk menjadi celik IT supaya dapat bersaing dengan usahawan lain.