Sambutan Hari Raya Bersama Komuniti Kg Jambu, Pokok Sena, Kedah Bersama PI Pokok Sena)
29 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan Syawal,pihak PI Pokok Sena dengan kerjasama komuniti Kampung Jambu,Pokok Sena bersepakat mengadakan jamuan Hari Raya. Jamuan Hari Raya yang diadakan serentak dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil itu bertujuan bagi merapatkan hubungan silturrahim diantara penduduk kampung disamping mewujudkan kesepakatan antara satu sama lain. Jamuan Hari Raya yang diadakan pada setiap tahun ini mendapat sokongan dari penduduk Kampung Jambu sendiri dengan sokongan dari JKKK Kampung Jambu,Encik Ismail Bin Mat Ishak.
Juadah jamuan Hari Raya disediakan oleh penduduk Kampung Jambu dengan usaha memasak secara bergotong royong dan juga sumbangan daripada pihak PI Pokok Sena. Pelbagai juadah dihidangkan pada hari tersebut. Antara juadah pada majlis tersebut adalah ketupat,lemang,lontong, biskut, satay dan banyak lagi.Majlis yang bermula pada pukul 230 petang itu,dimulai dengan bacaan yasin dan juga bacaan doa selamat oleh ustazah jemputan iaitu Ustazah Zainab.Majlis makan-makan dimulakan setelah selesai bacaan yasin dan doa selamat. Alhamdulillah majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: