Kelas Mereka Poster Kreatif (Dakwah Digital Klik Dengan Bijak)
10 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 09 September 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Sena telah mengadakan kelas mereka dan mencipta poster kreatid(Dakwah Digital Klik Dengan Bijak) . Kelas ini diadakan bagi menyahut seruan pihak MCMC dan yang terlibat secara langsung dalam melaksana pertandingan Poster Kreatif dakwah secara digital Klik Dengan Bijak. Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkat daya kreativiti peserta dalam menghasilkan rekaan poster yang kreatif dan bermanfaat, menyampaikan dakwah secara digital untuk masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran dan literasi penggunaan ICT serta memberi kesedaran dan pendedahan tentang etika tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai islam.
Kelas yang disertai oleh para pelajar yang berumur antara 12 tahun ke 19 tahun itu diajar bagaimana untuk menghasilkan poster yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan aplikasi poster atas talian. Para peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menambahbaik dan mencantikkan poster mereka dengan menggunakan 'tools' yang sedia ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: