Online Marketing Bersama Pelajar Giat MARA Alor Setar, Kedah.
13 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 12 oktober 2016, bertempat Pusat Giat Mara,Alor Setar program “Online Marketing” atau Pemasaran Atas Talian telah diadakan dengan kerjasama PI Kodiang, PI Jerlun, PI Pokok Sena, PI Gunung Gilir dan PI Napoh. Program ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang melibatkan lebih kurang 57 orang pelajar dari pelbagai jurusan dan juga dua orang guru pengiring.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pemasaran atas talian bagi permulaan memulakan perniagaan atau menjadi usahawan. Selain itu, tujuan program ushasama PI dan Giat MARA adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang perniagaan dan hala tuju untuk para pelajar. Banyak kebaikan dan kelebihan yang para pelajar perolehi melalui modul ini.
Antara kebaikan melaui program ini adalah seperti meningkatkan kefahaman peserta secara jelas mengenai semua konsep-konsep asas utama yang berkaitan dengan permulaan, pembangunan dan perjalanan perniagaan, memberi manfaat kepada usahawan muda yang telah memulakan perniagaan mereka dan kini sedang berkembang dengan mempelajari beberapa alat-alat yang boleh digunakan dalam operasi perniagaan mereka. Program ini merangkumi slot berkaitan Facebook Page,Whatsapp Application,Editing Picture dan juga Mudah.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: