Kelas Microsoft Office dan Kempen KDB
7 Februari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari , Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Sena telah mengadakan kelas Microsoft Office dan kempen KDB untuk pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah Pokok Sena. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar untuk mempelajari bagaimana menghasilkan kertas kerja atau folio yang ditugaskan oleh guru mereka. Seperti biasa kelas bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Antara aplikasi yang dipelajari adalah Microsoft Power Point, Word dan Excel. Melalui kelas ini, mereka akan tahu untuk mengunakan format-format yang ada di dalam aplikasi Microsoft Office yang boleh digunakan bagi mencantikkan dan mempelbagaikan cara penghasilan kertas kerja yang ditugaskan oleh guru mereka. Mereka juga diajar untuk mencari maklumat dari internet seterusnya bagaimana untuk memasukan maklumat-maklumat tersebut di dalam Microsoft Word. Di akhir kelas semua pelajar diberi ujian yang merangkumi ketiga-tiga aplikasi untuk memastikan mereka faham dan ingat bagaimana menggunakan aplikasi yang diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: