Program Klik Dengan Bijak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara,Kodiang,Jitra Bersama MCMC Wilayah Utara
21 April 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Klik Dengan Bijak bersama MCMC Wilayah Utara diadakan dengan kerjasama PI Kodiang, PI Jerlun, PI Pokok Sena, PI Gunung Gilir dan PI Napoh. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara,Kodiang dan telah berlangsung pada tarikh 20 April 2016 pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3.30 petang. Program ini yang berlangsung lebih kurang 3 jam melibatkan pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Seramai lebih kurang 900 lebih orang pelajar beserta beberapa orang guru pengiring turut serta.
Program ini bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet),mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan mewujudkan semangat berkumpulan dan saling bekerjasama sesama ahli kumpulan.
Ceramah berkaitan Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) Wilayah Utara iaitu Puan Norrazlina Bt Nordin dan juga Pengurus Pusat Internet Langkawi Mohd Yasmin. Pelbagai aktiviti turut dijalankan kepada para pelajar bagi menarik perhatian mereka beserta hadiah saguhati turut diberikan kepada para pelajar yang berani menjawab soalan yang diajukan. Pihak kami amat berterima kasih pada pihak sekolah diatas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: