Kelas KDB dan Kelas Mencipta Blog
16 Februari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 15 Febuari 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Sena telah mengadakan kelas KDB dan kelas mencipta Blog untuk pelajar Sekolah Pokok Sena. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan blog sebagai satu medium perkongsian maklumat antara blogger-blogger yang lain dan dengan adanya penghasilan entri , seorang individu dapat melatih diri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul. Para peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menambahbaik dan mencantikkan blog mareka dengan menggunakan 'tools' yang sedia ada. Mereka juga diajar untuk memasukkan gambar ke dalam entri yang baru dan cara yang betul untuk menulis di dalam blog masing-masing. Di dalam kelas ini juga, setiap peserta diajar agar setiap blogger perlu bertanggungjawab di atas penghasilan entri di dalam blog kepunyaannya agar tidak menyinggung atau memberi kesan buruk kepada pihak lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: