Program Klik Dengan Bijak (Kdb) Cyber Challenge Di Muzium Padi, Gunung Keriang Sempena Karnival Lesong Kedah 2016(PI Maxis Kedah Event-Zone 2)
27 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2016 PI Maxis Kedah (Zone 2) yang terdiri daripada PI Pokok Sena, PI Gunung Hilir, PI Kodiang, PI Jerlun dan PI Napoh telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) Cyber Challenge dengan usahasama Penghulu Gunung Keriang . Program yang berlangsung di Muzium Padi, Gunung Keriang Sempena Karnival Lesong Kedah 2016 bertujuan untuk mengajak komuniti dan masyarakat sekitar untuk menyertai aktiviti sihat disamping dalam memperkenalkan kawasan eco pelancongan iaitu Gua Gunung Keriang yang bakal menjadi kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, ia dapat memperkenalkan Gunung Keriang kepada orang ramai tentang keunikan dan tarikan yang menarik di kawasan tersebut. Disamping itu tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menyampaikan kepentingan Klik Dengan Bijak kepada semua komuniti yang terlibat.
KDB Cyber Challenge yang disertai lebih kurang 54 orang peserta dimana setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 peserta didalam satu kumpulan. Peserta KDB Cyber Challenge terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA, Giant Mara, guru-guru sekolah dan juga pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung, Alor Setar Kedah. Aktiviti ini adalah berkonsepkan Explore Race di sekitar Gunung Keriang yang melibatkan beberapa check point. Kawasan yang terlibat meliputi Muzium Padi , Pusat Sains dan juga kawasan sekitar Gua Gunung Keriang sahaja. Hadiah-hadiah tempat pertama berupa wang tunai sebanyak RM 150, tempat kedua RM 100 dan tempat ketiga bernilai RM80. Saguhati berupa hamper turut disedia bagi peserta yang tidak berjaya. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: