Bengkel Tiktok Shop
24 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2024 ( Jumaat) PEDi Pokok Sena telah mengadakan satu kelas keusahawanan iaitu Bengkel Tiktok Shop untuk usahawan setempat. Seramai 4 orang peserta telah menyertai bengkel pada hari tersebut.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pembelajaran dan pengetahuan cara membuka TikTok Shop dan menguruskan produk di dalam TikTok Shop. Seperti yang diketahui umum, aplikasi Tiktok telah satu platform media sosial untuk usahawan baru menjual pelbagai barangan. Aplikasi Tiktok ini juga merupakan platform untuk menghasilkan video yang menarik bagi mempromosikan produk yang ini dijual.
Melalui bengkel ini peserta mendengar taklimat daripada petugas mengenai apa itu peranan TikTok Shop bagi menjana pendapatan.Peserta membuka akaun TikTok Shop dan mendaftar di Tiktok Shop.Langkah-langkah membuat akaun dan mendaftar diajar oleh petugas.Peserta memasukkan maklumat yang diminta dan memuatnaik gambar produk jualan peserta.Petugas juga memberikan penerangan mengenai TikTok Marketing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: