Kelas E-Learning Microsoft Paints
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning kali ini disertai 11 orang peserta. Semasa dalam aktiviti ini petugas PEDi memberikan penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang terdapat didalam Microsoft Paints. Para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik bertajuk “Rumah Idaman”.
Kelas E-Learning ini bertujuan untuk memberikan kemahiran melakar lukisan dengan menggunakan Microsoft Paints. Disamping itu, mereka jugak dapat sama-sama mengasahkan bakat masing-masing dalam bidang lukisan digital. Pihak PEDi juga berharap melalui kelas ini, para peserta mampu mempelajari dan mengingati fungsi-fungsi yang terdapat didalam Microsoft Paints dan mampu mempraktikan di mana-mana kelas selepas ini. Akhir kelas ini juga, para peserta juga menunjukkan minat dan keseronokan dalam menghasilkan lukisan digital dengan kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: