Kelas ICT Sesi 5 – Power Points ( Recreate Flags)
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024 (Sabtu) NADi Pokok Sena telah mengadakan kelas ICT untuk pelajar dari sekolah rendah. Dalam kelas tersebut, pelajar diajar untuk mencipta bendera.Kelas bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jabi telah menyertai Kelas ICT pada hari tersebut.
Kelas ini dihadiri oleh 10 pelajar .Pelajar diminta untuk membuat bendera yang terdapat di setiap negeri dan juga bendera luar negara dengan menggunakan elemen bentuk (shape) yang sesuai yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoints.Tujuan kelas ini diadakan untuk menunjukkan cara-cara asas bagi mencipta bendera. Petugas NADi juga berharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan mahir menggunakan Microsoft Powerpoint melalui kelas yang telah diadakan sekaligus meningkatkan kemahiran para pelajar menggunakan komputer dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: