Kelas STEM IOT
6 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada hujung minggu hari Sabtu telah diadakan satu Kelas STEM IOT bertemakan Popsicle Fan.Seramai 18 orang peserta telah menyertai kelas pada hari tersebut. Sesi pendaftaran bermula jam 9.30 pagi. Kelas STEM IOT pada hari tersebut bermula jam 10 pagi dan tamat jam 12 tengah hari.Setiap peserta dikehendaki membawa botol mineral kosong dari rumah masing-masing untuk melakukan aktiviti (Popsicle Fan) pada hari tersebut. Sebelum bermulanya aktiviti STEM IOT, setiap peserta diberikan demonstrasi oleh petugas PEDI Pokok Sena dan setiap peserta boleh menonton sendiri di Youtube bagaimana menghasilkan Popsicle Fan.
Tujuan kelas STEM IOT (Popsicle Fan) adalah untuk mengajar para peserta menggunakan barang buangan dari botol mineral untuk menghasilkan kipas. Selain itu, mengajar para peserta untuk sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai rekaan yang memberikan manfaat. Melalui kelas STEM IOT juga dapat dilihat dari pelbagai sudut positif untuk para peserta. Dengan adanya aktiviti seperti ini, para peserta dapat memanfaatkan bahan buangan seperti botol mineral. Tujuan sebenar aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta mengenai konsep dan juga aspek dasar Internet of Things (IOT).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: