Kursus Pengendali Makanan
12 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniBerkuat kuasa pada Mei 2020, KKM telah mewajibkan peniaga yang menyediakan makanan di rumah untuk mendapatkan sijil Kursus Pengendalian Makanan. Ekoran pandemik yang melanda Malaysia pada masa tersebut telah membuka banyak ruang dan peluang perniagaan kepada ramai orang untuk berjinak-jinak di dalam bidang pengendalian makanan. Kebanyakan pengendali makanan ini adalah mereka yang terkesan dengan pandemik dan ingin menceburi bidang perniagaan yang melibatkan pengendalian makanan. Namun begitu, apabila terjadinya peningkatan kes kematian yang disebabkan oleh keracunan makanan, KKM bertindak dengan lebih tegas dalam menangani masalah ini.
Salah satunya adalah perlunya ada kesedaran dan ilmu untuk mengendalikan makanan dengan betul dan baik. Dinyatakan juga pengendali makanan yang tidak mempunyai sijil pengendali makanan yang disahkan KKM boleh didenda maksimum RM10,000 ataupun dua tahun penjara jika disabit kesalahan. Menyedari tentang pentingnya kursus ini kepada komuniti setempat yang rata-ratanya adalah peniaga dan juga terlibat di dalam pengendalian makanan, PEDi Pokok Sena telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan NZ Bunga Training & Consultant untuk mengadakan Kursus Pengendali Makanan di PEDi Pokok sena.
NZ Bunga & Consultant adalah agensi yang disahkan dan diiktiraf oleh KKM yang mana memberi tunjuk ajar secara mendalam dan terperinci di dalam slot yang berlangsung selama tiga jam. Sepanjang kursus dijalankan juga, para peserta akan diberikan tugasan secara online bagi menguji tahap kefamhaman mereka. Kursus yang dijalankan secara online ini telah berlangsung di PEDi Pokok Sena yang dihadiri oleh dua orang peserta yang terlibat dengan pengendalian makanan. Kesempatan selama satu jam ini digunakan oleh staff PEDi untuk memberi sedikit taklimat tentang Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kepada peserta-peserta supaya mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: