E-Learning (Kelas Chef Cilik 2 - Donut)
23 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2023 (Sabtu) pihak PEDi Pokok Sena telah mengadakan satu Kelas E-Learning. Kelas telah bermula jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Seramai 13 orang peserta telah hadir pada hari tersebut. Peserta terdiri dari murid sekolah rendah. Dalam kelas E-learning tersebut petugas PEDi telah mengadakan satu Kelas Chef Cilik (Dekorasi Donut) iaitu kelas menghias donut. Setiap peserta yang hadir pada hari tersebut diberikan penggunaan tablet untuk melihat tutorial cara-cara menghias donut yang paling cantik dan kemas di Youtube.
Setiap perserta dibantu oleh petugas PEDi tentang bagaimana menggunakan aplikasi Youtube dan mencari sumber maklumat di Youtube. Disamping itu juga, petugas PEDi menyelitkan sedikit pengetahuan tentang cara yang betul dalam melayari internet terutamanya di Youtube. Ini kerana rata-rata semua peserta sudah memiliki gajet atau telefon pintar dirumah. Maka tidak hairanlah jika anak-anak dirumah lebih pintar dan arif dari ibu bapa. Setelah itu, aktiviti dimulakan dengan aktiviti menghias donut. Setiap peserta diberikan bahan-bahan untuk menghias donut masing mengikut kreativiti masing-masing dengan pertolongan dari petugas PEDi.
Setelah siap, setiap peserta dikehendaki membuat pembentangan hasil donut mereka. Setiap kreativiti dinilai oleh petugas PEDi dari segi kekemasan dalam menghias donut. Kesimpulannya, kesemua peserta pada hari tersebut gembira dengan aktiviti yang dijalakan terutama sekali para ibu bapa. Ramai ibu bapa para peserta memberikan respon yang amat baik dalam setiap aktiviti yang diadakan dan meminta supaya pihak PEDi memperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: