Kelas E-Learning – (Book Mark)
12 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2023 hari Jumaat telah diadakan satu Kelas E-learning iaitu kelas menghasilkan Book Mark (Penanda Buku). Peserta dikehendaki mendaftar untuk kelas tersebut sebelum bermulanya kelas. Seramai 22 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.Kelas telah bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Setiap peserta yang hadir terdiri daripada murid sekolah rendah.
Sebelum bermulanya kelas , petugas PEDI memberikan semua bahan-bahan untuk untuk sesi kelas pada hari tersebut. Pelbagai manfaat boleh dapat dari kelas e-learning tersebut. Semua peserta menunjukkan respon yang positif semasa kelas dijalankan. Melalui kelas tersebut, para peserta dapat mengetahui bahawa cara menghasilkan sendiri penanda buku yang cantik dan kreatif. Sebagaimana kita tahu, penanda buku berfungsi untuk dijadikan penanda halaman buku yang telah dibaca. Disamping itu, peserta juga tidak perlu lagi melipat kertas buku untuk menandai halaman dan juga mampu mengelak dari buku yang dibaca mudah rosak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: