Kaunter Bergerak Cimb Bank dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Klinik Annura
14 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2023 hari Rabu telah diadakan Kaunter Bergerak Cimb Bank dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma dari Klinik Annura. Ramai komuniti setempat yang hadir pada hari tersebut. Pendaftaran bermula jam 10 pagi.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pada hari tersebut oleh pihak CIMB Bank adalah pembukaan akaun baharu kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas secara percuma. Seterusnya pengguna yang membuat pendaftaran di ajar secara terus tentang cara menggunakan aplikasi perbankan di atas talian untuk kemudahan para pengguna .Di samping itu,pembukaan Akaun Simpanan (tanpa deposit) hanya perlukan IC dan HP sahaja dan Pinjaman ASB.
Pelbagai khidmat Nashat juga turut diberikan oleh pekerja CIMB Bank kepada semua komuniti yang hadir pada hari tersebut. Disamping itu, Klinik Annura juga memberikan perkhidmatan saringan secara percuma untuk komuniti Pokok Sena.Selain itu dapat memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan gula dan BMI, komuniti juga mengambil peluang ini untuk meminta nasihat berkaitan kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: