Kelas MS Powerpoint (Asas)
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPenggunaan ICT dan multimedia di dalam sistem pembelajaran pada masa kini sudah tidak dapat disangkalkan lagi terutamanya setelah terjadinya pandemi Covid-19 pada dua tahun yang lalu. Pengenalan dan pembelajaran juga lebih tertumpu kepada penggunaan komputer dan internet yang mana memungkinkan guru-guru untuk menjadikan pelajar-pelajar semakin celik IT. Menggunakan peluang cuti sekolah, seorang pelajar sekolah menengah telah datang ke PEDi Pokok Sena untuk mempelajari tentang MS Powerpoint. Bertarikh 16 Julai 2022, telah berangsungnya kelas yang mengambil masa selama satu jam yang mengajarkan peserta tentang asas MS Powerpoint. Staff PEDi juga menerangkan tentang tools yang terdapat di dalamnya sekaligus memberi pembelajaran secara khusus tentang penggunaan MS Powerpoint bagi tujuan pembentangan yang bakal dilakukan oleh peserta tersebut di sekolah nanti. Peserta mengakui bahawa teknik-teknik yang diajarkan dapat membantunya untuk melengkapkan kemahiran yang diperlukan bagi dimasukkan ke dalam kerja khusus yang telah diberikan oleh gurunya. Kesempatan selama satu jam ini digunakan oleh staff PEDi untuk memberi sedikit taklimat tentang KDB (Klik Dengan Bijak) kepada peserta supaya peserta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: