Kelas MS Word (Label Nama)
8 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Jun yang lepas, empat orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kelas MS Word (Label Nama) yang bertempat di PEDi Pokok Sena. Kelas MS Word asas yang berlangsung selama satu jam telah memberi kesan positif kepada peserta-peserta yang mana dapat membantu mereka untuk menggunakan ICT di dalam kehidupan seharian mereka.
Pengajar juga telah memberi tunjuk ajar dan menerangkan tentang fungsi-fungsi tools yang terdapat di dalam MS Word supaya peserta-peserta dapat memahami semua asas-asas di dalamnya. Rata-rata dilihat peserta-peserta dapat mempelajari MS Word dengan cepat dan mengaplikasikan segala pembelajaran yang di ajar oleh pengajar ketika kelas berlangsung. Secara amnya, kelas MS Word pada kali ini lebih memfokuskan kepada cara untuk membuat label nama yang akan dilekatkan pada buku sekolah peserta-peserta ini. Diharapkan peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini di dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Selain daripada itu, pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk menyelitkan slot Klik Dengan Bijak kepada peserta agar dapat memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan teknologi dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: