Kelas MS Word (Asas)
6 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word (Asas) yang telah diadakan pada 5 Mac yang lalu, bertempat di Pusat Digital (PEDi) Pokok Sena telah menarik minat beberapa orang pelajar sekolah rendah untuk datang belajar. Kelas MS Word asas ini adalah kelas asas yang mana pengajar telah mengajar tentang asas-asas yang terdapat di dalam MS Word yang bertujuan untuk memperkenalkan setiap fungsi dan kegunaan tools yang terdapat di dalamnya. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada peserta untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan tools di dalam MS Word dengan efek yang lebih kreatif dan ringkas. Peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini di dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Selain daripada itu, pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk meyelitkan slot Klik Dengan Bijak kepada peserta agar dapat memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan teknologi dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: