Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri KKMM (Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa)
23 Apri 2022 | Aktiviti TerkiniDianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), telah berlangsungnya Majlis Iftar Bersama YB Menteri KKMM, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 22 April yang lalu.
Majlis yang bertemakan ihya Ramadhan itu dimulakan dengan taklimat secara ringkas mengenai JENDELA &PoP dari Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diteruskan lagi oleh wakil pemimpin negeri. Turut diselitkan juga sesi perkongsian ilmu dari Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa yang menceritakan perihal program-program yang bakal dilaksanakan oleh beliau. Disamping itu, beliau juga telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar Tahfiz yang turut hadir pada majlis tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan tahlil ringkas dan juga bacaan doa sebelum acara majlis ditutup dengan majlis berbuka puasa.
Program yang bertempat di Raia Hotel, Alor Setar itu diserikan lagi dengan kehadiran pemimpin masyarakat, wakil-wakil dari pusat kerajaan, wakil media, wakil kakitangan PEDi di seluruh Kedah dan juga golongan anak yatim/afnaf.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: