Kelas Pemasaran (Mereka Poster Produk Menggunakan Canva)
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPemasaran adalah salah satu faktor penting yang akan mempengaruhi penjualan sesuatu produk. Menyedari tentang hal ini, seorang usahawan PEDi Pokok Sena telah datang untuk belajar tentang cara untuk mereka poster produk menggunakan Canva. Pada 20 Mei 2022 yang lalu, telah diadakan kelas pemasaran iaitu mereka poster produk menggunkan aplikasi Canva.
Kelas yang bertujuan untuk membantu peserta mencantikkan dan mempromosikan poster produknya dapat membantu peserta untuk mempromosikan produknya dengan lebih meluas dan terperinci. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini dilihat telah memberi kesan positif kepada peserta yang merupakan seorang dropship untuk menggunakan platform online bagi menambahkan peluang perniagaannya.
Selain daripada itu, staff PEDi juga menggunakan peluang ini untuk memberi sedikit taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada peserta supaya peserta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: