Kelas MS Word
12 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPenggunaan ICT dalam kehidupan manusia pada zaman sekarang sudah tidak dapat disangkalkan lagi. Kebergantungan ini tampak ketara terutamanya di dalam sistem pembelajaran di sekolah yang lebih banyak menerapkan aspek ICT di dalam setiap tugasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar.
Mengambil kesempatan cuti sekolah, seorang pelajar telah mengambil kesempatan ini untuk menghadiri kelas MS Word yang diadakan di PEDi Pokok Sena pada 24 Disember yang lalu. Pelajar perempuan dari sekolah menengah berdekatan ini turut meluahkan kebimbangannya kerana penguasaan beliau di dalam ICT agak kurang dan berharap agar dengan adanya kelas ini dapat membantunya untuk lebih mahir dalam menggunakan ICT dan multimedia terutamanya MS Word.
Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini telah banyak membantu pelajar tersebut untuk mahir dan menggunakan MS Word dengan lebih yakin dan cekap. Pengajar juga turut membantu untuk mengajarkan asas-asas di dalam MS Word yang dapat membantunya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sepanjang cuti sekolah.
Kesempatan kelas yang berlangsung selama satu jam ini telah digunakan oleh tenaga pengajar untuk memberi taklimat tentang KDB (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta supaya peserta akan lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: