Kelas ICT & Multimedia (Teknik Urus Kelas PDPR Bahagian 2) bersama Guru KAFA Daerah Pokok Sena
17 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT & Multimedia (Teknik Urus Kelas PDPR Bahagian 2) bersama Guru KAFA Daerah Pokok Sena telah diadakan pada 16 Jun yang lalu, yang mana merupakan lanjutan daripada Bahagian 1 yang berlangsung pada 17 Mac 2022 yang lalu. Kelas ini memberi lebih banyak pendedahan kepada guru-guru KAFA bagi mempraktiskan ilmu tersebut sekiranya ingin mengadakan pembelajaran secara PDPR.
Kelas ini secara amnya adalah untuk melatih guru-guru KAFA menggunakan perisian Google Meet dan Google Form secara asas. Mengambil inisiatif berjaga-jaga ketika fasa endemik, sesi tersebut dilakukan secara berperingkat dan mengehadkan lima orang di dalam satu sesi yang berlangsung iaitu bermula seawal pukul 9.30 pagi hingga 1 petang ini dilihat telah memberi kesan postitif kepada para peserta yang dilihat dapat mempraktikkan hasil pembelajaran di dalam PDPR yang akan berlangsung apabila sekolah dibuka nanti.
Selain daripada itu, staff PEDi juga menggunakan peluang ini untuk memberi sedikit taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada peserta supaya peserta yang rata-ratanya adalah pengguna aktif media sosial supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: