Kelas MS Word (Melakar dan Mewarna)
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari yang lalu, bertempat di Pusat Digital (PEDi) Pokok Sena, telah berlangsungnya Kelas MS Word (Melakar dan Mewarna) iaitu kelas menghasilkan lakaran dengan menggunakan MS Word yang menarik minat seorang peserta untuk menyertai kelas tersebut. Berlangsung selama satu jam, kelas ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada peserta untuk menyiapkan tugasan dengan melakar lakaran yang menarik menggunakan tools di dalam MS Word dengan efek yang lebih kreatif dan ringkas. Peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini di dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Selain daripada itu, pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk meyelitkan slot Klik Dengan Bijak kepada peserta agar dapat memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan teknologi dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: