Kelas MS Word (Basic)
14 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniMengambil kesempatan di hujung minggu, dua orang pelajar sekolah rendah telah datang ke PEDi Pokok Sena untuk mempelajari tentang MS Word. Kelas MS Word asas yang mengambil masa selama satu jam telah memberi kesan positif kepada peserta-peserta yang mana dapat diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka di sekolah.
Pengajar juga telah memberi tunjuk ajar dan menerangkan tentang fungsi-fungsi tools yang terdapat di dalam MS Word supaya peserta-peserta dapat memahami semua asas-asas di dalamnya. Peserta-peserta juga belajar tentang cara untuk memasukkan gambar ke dalam MS Word untuk mencantikkan lagi tugasan sekolah mereka. Diharapkan peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini di dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Selain daripada itu, pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk menyelitkan slot Klik Dengan Bijak kepada peserta agar dapat memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan teknologi dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: