Kelas MS Word
13 November 2022 | Aktiviti TerkiniSeiring pembangunan dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia pada zaman sekarang, pelajar sekolah pada amnya lebih banyak didedahkan dengan teknologi multimedia dan ICT pada awal lagi. Ini dapat dilihat di dalam kerja khusus dan juga kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada mereka yang lebih banyak memerlukan penggunaan teknologi untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.
Menyedari tentang kemudahan yang disediakan di PEDi Pokok Sena, seorang pelajar sekolah menengah tingkatan 1 telah menyertai Kelas MS Word pada 12 November yang lalu.
Kelas yang telah mengambil masa selama 4 jam ini lebih banyak menekankan kepada asas-asas yang terdapat di dalam MS Word yang mana dapat membantu peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Pengajar juga telah memberi tunjuk ajar mengenai format yang betul untuk diguna pakai di dalam kerja khusus tersebut. Setelah berakhirnya kelas tersebut, peserta mengaku bahawa kemahirannya di dalam ICT dan MS Word khususnya telah banyak membantunya dan menjadikan beliau lebih mahir dan yakin menggunakan MS Word.
Kesempatan kelas yang berlangsung selama satu jam ini telah digunakan oleh tenaga pengajar untuk memberi taklimat tentang KDB (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta supaya peserta akan lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: