Kelas E-Learning (Kuiz Online)
4 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniBerikutan penularan Covid-19 yang masih lagi berada di tahap yang membimbangkan, Kementerian Pendidikan telah mejadikan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) sebagai alternatif terkini bagi menyesuaikan diri pelajar kepada norma baharu. PdPR adalah salah satu pendekatan kerajaan untuk membiasakan diri pelajar untuk menggunakan pembelajaran secara online dimana pelajar akan menggunakan peranti seperti komputer, telefon pintar, tablet dan lain-lain untuk mengakses laman web atau pautan yang telah disediakan oleh guru-guru.
Pusat Internet Komuniti Pokok Sena juga telah memainkan peranan yang penting dalam membantu para pelajar untuk membiasakan diri dengan norma baharu ini iaitu dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka berkaitan ICT dan juga E-Learning.
Pada tarikh 3 Mac yang lalu, seorang pelajar Tahun 5 telah mendapatkan tunjuk ajar daripada staff PIK Pokok Sena berkaitan dengan tugasan PdPR yang telah diberikan oleh gurunya. Peserta juga diajar tentang cara-cara untuk mengakses pautan yang telah diberikan oleh guru dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web supaya memudahkannya bagi menyelesaikan tugasan tersebut.
Sepanjang kelas yang berlangsung selama satu jam ini, peserta telah memberi maklum balas yang positif dan juga dapat memahami tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pengajar PIK Pokok Sena. Alternatif ini juga dilihat merupakan langkah yang berkesan bagi menjadikan pelajar-pelajar semakin celik IT. Pengajar juga turut menyelitkan slot PDPA (Pelindungan Data Peribadi) mengingatkan peserta tentang cara-cara untuk mendaftar keluar akaun email setiap kali menggunakannya bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa kecurian data peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: