Penyertaan Digital Competency Score
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPenyertaan program Digital Competency Score secara atas talian ini telah disertai oleh seorang pelajar SK Wan Abdul Samad di Pusat Internet Komuniti. Inisiatif pelajar ini adalah untuk mendapatkan akses internet dan pertolongan kakitangan PIK untuk penyertaannya. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bersama MDEC di peringkat sekolah. Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS) adalah bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Soalan merangkumi aspek keselamatan siber, computational thinking, cognitive dan bijak menyelesaikan masalah. Pencapaian pelajar ini untuk penyertaan kali ini telah mendapat tahap Digital Advance. Sekalung ucapan tahniah kami ucapkan kepada pelajar ini atas pencapaiannya.
Sepanjang PKP ini kami amat menyarankan agar pelajar-pelajar yang ingin menjalankan PDPR dengan mendapatkan akses internet yang lancar untuk terus membuat temu janji ke Pusat Internet Komuniti yang berhampiran. Kami juga amat menekankan SOP yang ketat kepada semua pelanggan yang berkunjung ke PIK demi keselamatan bersama demi membendung penulatan Covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: