Kelas Reka Bentuk Pemasaran: Teknik Asas Penjenamaan & Pengiklanan (Bijak Niaga) bersama EmpowerNCER Padang Terap
29 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini adalah kesinambungan hasil Kerjasama bersama pihak empowerNCER dan Fabskill Sdn. Bhd. Kelas ini berlansung selama 5 jam melalui aplikasi Zoom sebagai platform pengajaran yang mengetengahkan modul reka bentuk pemasaran kepada usahawan mobileprenenuer.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, tip dan teknik yang jelas kepada peserta tentang cara-cara dan elemen pembangunan jenama yang menarik. Disamping itu, membantu peserta untuk mengetahui teknik pengiklanan yang terkini. Sepanjang kelas in berlansung, beberapa aktiviti diberikan supaya Peserta dapat aplikasikan pembelajaran secara terus melalui pemahaman mereka. komitmen dan perkongsian dua hala turut dijalankan dalam usaha untuk memantapkan teknik teori dan praktikal semua peserta. Kerjasama semua pihak sangat memberansangkan bagi menjayakan kelas pada kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: