Kelas Reka Bentuk Pemasaran: Teknik Asas Penjenamaan & Pengiklanan (Bijak Niaga) bersama EmpowerNCER Pokok Sena dan Padang Terap
20 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniIni adalah kelas kedua dan ketiga hasil Kerjasama bersama pihak empowerNCER Yang dijalankan serentak pada hari dan waktu Yang sama. Bagi kelas bersama Peserta dari Pokok Sena dikelolakan oleh Pembantu pengurus manakala untuk bersama peserta Padang Terap oleh Pengurus Pusat internet sendiri. Kelas ini berlansung selama 5 jam.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk Memberi pendedahan, tip Dan teknik yang jelas kepada peserta tentang cara-cara mereka elemen pembangunan jenama yang menarik. Disamping itu, membantu peserta untuk mengetahui teknik pengiklanan yang terkini. Sepanjang kelas in berlansung, beberapa aktiviti diberikan supaya Peserta dapat aplikasikan pembelajaran secara terus melalui pemahaman mereka melalui aplikasi Zoom sebagai platform pengajaran.
Sepanjang PKP dan bagi mengekang penularan Covid19, Pusat internet komuniti Pokok Sena amat menggalakkan kelas latihan secara atas talian bersama komuniti yang memerlukan tunjuk ajar dari kakitangan Pusat internet sama ada latihan ICT, MS office dan Usahawan. Selain itu, kaedah ini banyak memberi peluang kepada para komuniti menimba ilmu secara atas talian dan pembelajaran secara jarak jauh seiring dengan teknologi canggih masa sekarang sekaligus menjadikan pelajar lebih celik ICT .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: