Program e-Usahawan dan Perkongsian perlindungan Data Peribadi Bersama Pelatih GIATMARA
13 September 2021 | Aktiviti TerkiniMengikut saranan kerajaan Malaysia untuk tidak mengadakan perhimpunan terbuka bagi membendung penularan wabak Covid-19, pada 12 September yang lalu, telah berlangsungnya Program e-Usahawan Bersama Pelatih GIATMARA dengan menggunakan platform atas talian, iaitu Zoom. Kelas yang dikendalikan oleh Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir & Pusat Internet Komuniti Pokok Sena dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Jerlun, Napoh dan Kodiang adalah kelas yang bertujuan untuk mengajar pelatih GIATMARA tentang e-usahawan secara lebih khusus. Kursus yang menggunakan platform Zoom ini bermula seawal pukul 9.00 pagi dan tamat pada 5.00 petang dilihat dapat memberi kesan positif kepada pelatih GIATMARA yang seramai 100 orang adalah pelatih GIATMARA dari cawangan Alor Setar dan Kuala Kedah untuk memahami dan mempelajari tentang e-usahawan.
Selain daripada itu, pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk meyelitkan slot Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kepada pelatih-pelatih GIATMARA yang rata-rata merupakan pengguna aktif internet agar dapat memberi kesedaran tentang pentingnya menggunakan platform internet dengan betul dan mengetahui hak-hak mereka dalam melindungi data peribadi mereka di dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: