Taklimat KDB (Klik Dengan Bijak) Internet: Di Hujung Jari
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniBersesuaian dengan tujuan utama taklimat Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Pusat Internet Komuniti Pokok Sena bersama-sama Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telah mengadakan Taklimat Klik dengan Bijak secara online memandangkan negeri Kedah masih lagi di dalam tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Taklimat ini telah mengambil masa hampir satu jam melalui platform LIVE FB (Facebook) sebagai saluran untuk kakitangan Pusat Internet Komuniti berkomunikasi secara online dengan pengguna-pengguna media sosial yang lain.
Perkongsian ini juga turut menceritakan tentang faedah dan bahaya internet kepada pengguna yang rata-rata adalah pengguna aktif internet baik di media sosial ataupun platform lain. Taklimat ini juga mendapat penerimaan positif yang dapat dilihat daripada jumlah perkongsian dan komen yang baik daripada penonton yang menonton LIVE di FB yang mana membuktikan bahawa mereka sedar mengenai cara penggunaan internet dengan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: