Kelas Ms Word – Label Buku
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word yang dijalankan pada 18 November 2021 lalu melibatkan seorang pelajar Tahun 5 yang menggunakan MS Word untuk membuat label nama bagi kegunaan buku sekolah. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada peserta tersebut dalam mengaplikasikan kemahiran ICT di dalam kehidupan seharian. Hal ini juga secara tidak langsung akan memudahkan peserta untuk melaksanakan sebarang tugasan sekolah dengan lebih cepat dan mudah.
Pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk menyelitkan slot ringkas tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta untuk memberi kesedaran tentang bahayanya kecurian data di dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: