Kelas Reka Bentuk Pemasaran: Teknik Asas Penjenamaan & Pengiklanan (Bijak Niaga)
12 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniMenggunakan aplikasi Zoom sebagai platform pengajaran, Kelas Reka Bentuk Pemasaran: Teknik Asas Penjenamaan & Pengiklanan (Bijak Niaga) yang dijalankan secara maya pada 11 Jun yang lalu adalah merupakan kerjasama PIK Pokok Sena dengan Empower NCER Kubang Pasu. Tujuan kelas yang berlangsung lebih kurang lima (5) jam ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, tip dan teknik yang jelas kepada peserta tentang cara-cara mereka elemen pembangunan jenama yang menarik. Disamping itu, membantu peserta untuk mengetahui teknik pengiklanan yang terkini. Sepanjang kelas in berlansung, beberapa aktiviti diberikan supaya Peserta dapat aplikasikan pembelajaran secara terus melalui pemahaman mereka.
Pembelajaran dua hala daripada tenaga pengajar dan pelajar amat memberangsangkan dan menunjukkan pelajar sangat memahami pembelajaran yang diajarkan secara teori dan praktikal. Kaedah ini banyak membantu peserta untuk lebih memahami dan merasa dekat dengan tenaga pengajar.
Sepanjang PKP dan bagi mengekang penularan Covid19, Pusat internet komuniti Pokok Sena amat menggalakkan kelas latihan secara atas talian bersama komuniti yang memerlukan tunjuk ajar dari kakitangan Pusat internet sama ada latihan ICT, MS office dan Usahawan. Selain itu, kaedah ini banyak memberi peluang kepada para komuniti menimba ilmu secara atas talian dan pembelajaran secara jarak jauh seiring dengan teknologi canggih masa sekarang sekaligus menjadikan pelajar lebih celik ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: