Kelas Penulisan Resume
2 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas penulisan resume yang berlangsung pada 1 Jun 2020 merupakan kelas yang pertama dilaksanakan setelah pembukaan semula Pusat Internet yang ditutup sementara lantaran penularan kes COVID 19. Berikutan hal ini juga, permintaan untuk mengadakan kelas penulisan resume semakin meningkat kerana komuniti ingin mencari peluang pekerjaan. Kelas penulisan resume ini diadakan untuk membantu komuniti mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang dan kepakaran mereka dengan menggunakan resume yang lengkap, ringkas dan juga berkualiti.
Kelas penulisan resume ini juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai generasi yang celik teknologi dan juga berdaya saing bersesuaian dengan saranan kerajaan. Melalui penelitian pengajar, dapat dilihat bahawa peserta dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh pengajar dengan menghasilkan resume yang menarik dan kemas. Pengajar juga turut menyelitkan slot Klik Dengan Bijak di akhir supaya dapat memberi kesedaran kepada peserta yang merupakan pengguna aktif di media sosial tentang cara menggunakan data peribadi dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: