Program Jelajah Klik Dengan Bijak dan Perkongsian Akta Perlindungan Data Peribadi
6 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniBersesuaian dengan tujuan utama program Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Pusat Internet Pokok Sena telah mengadakan Program Taklimat Klik dengan Bijak di SMK Jabi pada 5 Februari 2020. Program kerjasama antara Pusat Internet Pokok Sena dan tiga lagi pusat internet lain seperti Pusat Internet Bukit Payong, Pusat Internet Gunung Hilir dan Pusat Internet Langgar ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang rata-ratanya merupakan pengguna internet yang aktif.
Di sepanjang program ini berlangsung, diselitkan juga slot soal jawap kepada para pelajar untuk menguji kefahaman dan kesedaran mereka tentang program Klik Dengan Bijak. Penerimaan positif daripada pelajar-pelajar membuktikan bahawa mereka sedar mengenai cara penggunaan internet dengan selamat. Para kakitangan Pusat Internet juga menyelitkan slot Perkongsian Akta Perlindungan Data Peribadi yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahayanya kecurian data peribadi di media sosial dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: