Kelas Asas Design Poster dan Perkongsian Perlindungan Akta Data Peribadi
8 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniMensasarkan golongan muda khususnya, Pusat Internet Pokok Sena telah mengadakan Kelas Asas Design Poster pada 7 Februari 2020. Kelas ini bertujuan untuk menarik minat golongan muda khususnya pelajar sekolah dan juga pelajar lepasan SPM untuk mempelajari tentang teknik-teknik asas dalam menghasilkan poster yang menarik dan mudah. Kelas ini dilihat dapat memberi manfaat kepada golongan muda yang mana mereka boleh mengetengahkan kemahiran mereka di dalam membuat poster yang boleh diguna pakai untuk tujuan perniagaan, pembelajaran dan juga dalam mencari pekerjaan.
Penyertaan sebanyak 10 orang peserta yang membolehkan tenaga pelajar menumpukan perhatian kepada setiap orang yang menunjukkan minat dalam bidang ini diharap dapat membantu para peserta untuk menggunakan apa yang telah diajar oleh tenaga pelajar pada masa hadapan. Di akhir slot, peserta turut didedahkan dengan taklimat ringkas tentang Perkongsian Perlindungan Akta Data Peribadi yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahayanya pendedahan maklumat peribadi di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: