Kelas Branding produk
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Pokok Sena telah mengadakan kelas branding Produk kepada usahawan baharu yang ingin menceburi perniagaan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan dan tip-tip untuk memasarkan produk dengan berkesan. Kelas ini dijalankan di bilik latihan Pusat Internet Pokok Sena dengan mendapat kerjasama yang baik dari para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka. Penyertaan daripada para peserta juga amat menggalakkan. Di akhir kelas, maklum balas peserta menyatakan amat berpuas hati dengan penerangan sepanjang kelas tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: