Bengkel MIV bersama Komuniti
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniBengkel MIV bersama Komuniti secara online yang diadakan pada 5 September 2020 adalah salah satu usaha MCMC untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahayanya penyebaran berita palsu, penyalahgunaan data peribadi dan pentingnya kesedaran mereka di dalam menggunakan media sosial. Ini berikutan terdapat banyak penularan kes yang berkaitan dengan berita palsu yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat sekarang. Oleh hal yang demikian, MCMC berinisiatif untuk melakukan bengkel secara online bersama-sama sukarelawan MIV yang akan bertindak sebagai pengantara MCMC dan juga komuniti setempat.
Antara pengisian lain yang turut dikongsikan di dalam Bengkel MIV ini juga adalah tentang perihal penyalahgunaan data peribadi yang sering diambil mudah oleh pengguna media sosial. Seiring dengan kemajuan pesat didalam teknologi, masyarakat lebih kerap untuk berkongsi maklumat di dalam media sosial tanpa menyedari tentang bahayanya berlaku kecurian data. Oleh itu, Bengkel MIV ini juga turut menyelitkan contoh-contoh data peribadi dan cara-cara untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa kecurian data peribadi. Moderator juga mengingatkan peserta untuk senantiasa peka dengan kecanggihan ICT dan lebih berhati-hati di dalam menggunakan internet khususnya. Para peserta yang rata-ratanya adalah pengguna media sosial lebih berisiko untuk terdedah dengan bahaya dunia siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: