Kelas Ms Word
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word yang dijalankan pada 4 Disember 2020 lalu ternyata memberi banyak kesan positif khususnya kepada komuniti setempat tentang kesedaran pentingnya kemahiran ICT di dalam kehidupan seharian. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini telah memberi impak positif kepada peserta khususnya dalam mengaplikasikan kemahiran ICT di dalam kehidupan seharian. Hal ini juga secara tidak langsung akan memudahkan peserta untuk melaksanakan sebarang tugasan dengan lebih cepat dan mudah.
Pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk menyelitkan slot ringkas tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta untuk memberi kesedaran tentang bahayanya kecurian data di dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: