Kelas Usahawan Shopee (Bahagian 1)
16 November 2019 | Aktiviti TerkiniKerjasama antara kakitangan Pusat Internet Pokok Sena bersama pelatih yang berpengalaman dalam perniagaan Shopee, maka kelas Usahawan Shopee ini dapat dijalankan pada 15 November yang lalu dengan jayanya selama 2 jam bertempat di bilik latihan Pusat Internet Pokok Sena. Penyertaan daripada peserta amat mengalakkan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada usahawan kecil bagi meluaskan lagi perniagaan atas talian. Disamping itu, membantu usahawan untuk mengendalikan perniagaan di Shopee dgn cara yang betul dan lebih berkesan serta menjadikan shopee sebagai punca pendapatan utama. Hasil daripada kelas ini, banyak ilmu daripada pelatih yang telah dikongsikan agar menjadi panduan untuk semua bakal usahawan Shopee. Semua peserta amat berpuas hati dengan pengendalian kelas pada kali ini dan mengharapkan kelas Shopee bahagian seterusnya dapat dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: