Bengkel eKeusahawanan bersama Pelatih Giat MARA Alor Setar
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel eKeusahawanan telah dijalankan dengan kerjasama beberapa Pusat Internet yang membabitkan Pusat Internet Jerlun, Pusat Internet Gunung Hilir, Pusat Internet Napoh, Pusat Internet Kodiang dan juga Pusat Internet Pokok Sena bertempat di Giat Mara Alor Setar. Seramai 65 orang pelatih Giat MARA Alor Setar telah menyertai bengkel ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada peserta berkaitan peluang perniagaan atas talian melalui applikasi yang popular dan mendedahkan cara mengendalian perniagaan ini agar lebih berkesan. Pengkongsian berkaitan Klik Dengan Bijak turut diselitkan dan diberikan penekanan kepada semua peserta yang terlibat. Melalui program ini, Pusat Internet dapat menjalinkan hubungan erat antara pelatih dan kakitangan Giat MARA Alor Setar secara tidak lansung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: