Hari Terbuka PI Pokok Sena
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018 PI Pokok Sena dengan kerjasama Jobs Malaysia Alor Setar telah mengadakan Hari Terbuka PI Pokok Sena. Hari Terbuka PI Pokok Sena telah diadakan di Dewan Komuniti Kg. Jambu. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Jambu,Kluster Pendang,Kluster Kubang Pasu,PI Bukit Payung dan PI Langgar.Program ini juga, turut dimeriahkan dengan pembukaan booth dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Agensi-agensi yang terlibat adalah Tabung Haji,Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Kedah(LPPKN), Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Daerah Pokok Sena,PTPTN, Kemas Parlimen Pokok Sena dan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK). Tujuan majlis ini diadakan adalah menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh Komuniti dan PI Pokok Sena disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini
Selain pembukaan booth dari pelbagai agensi, terdapat juga pelbagai aktiviti telah dijalankan pada program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah Taklimat Kerjaya daripada Jobs Malaysia, Taklimat Klik Dengan Bijak, Demo Tudung Saji, Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS, Cabutan Bertuah dan jualan Usahawan PI. Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato Ariffin Bin Man, Penghulu Mukim Jabi En. Muhammad Hidayat dan JKKK Kg. Jambu En. Ismail Bin Mat Ishak.
Jamuan makan turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah majlis pada hari tersebut berjalan seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: