Bengkel Keusahawan Dan Kecantikan
21 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniBertempat di Pusat Internet Pokok Sena, Bengkel Kecantikan “Facial dan Asas Solekan” telah diadakan dengan kerjasama Perunding Kecantikan “Mary Kay” iaitu Pn. Mahani Bt Hussain. Peserta bengkel terdiri daripada belia-belia remaja dan juga surirumah. Program ini mampu mendidik para peserta supaya tampak berkeyakinan dengan ketrampilan diri. Di samping itu, para peserta diberi peluang dan pendedahan untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan.
Perunding Kecantikan Mary Kay (Pn. Mahani) membuat demo untuk melakukan facial dengan betul dengan menggunakan produk-produk Mary Kay dan menunjukkan asas solekan untuk para peserta dan semua para peserta dikehendaki mempraktikkan selepas itu. Bengkel ini berakhir pada jam 1 tengah hari dan sijil penyertaan disampaikan kepada peserta terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: