Kelas Asas ICT & Ms Office 2013 Bersama Guru KAFA
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT dan Ms Office diadakan atas permintaan guru-guru KAFA yang berminat untuk mendalami kegunaan Ms Office. Kelas Ms Office merangkumi topik Ms Office Word, Excel dan Power Point. Kelas ini diadakan bertujuan melatih peserta untuk mahir menggunakan MS Office Word dan memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tools yang terdapat di Ms Office Word.
Kebaikan mengikuti kelas ini adalah para peserta dapat pendedahan tentang kepentingan penggunaan ICT pada masa kini dan penggunaan aplikasi komputer sangat efisien dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mudah dan cepat. Melalui kelas dan latihan ini juga, peserta turut diterapkan dengan taklimat dan penerangan Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: