Program Advokasi Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara,Kodiang
07 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Pokok Sena dengan kerjasama PI Kodiang, PI Napoh, PI Gunung Hilir dan PI Jerlun mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB) bertempat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara,Kodiang Kedah. Program ini bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet),mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan mewujudkan semangat berkumpulan dan saling bekerjasama sesama ahli kumpulan.
Program ini melibatkan 40 pelajar dan juga tiga orang guru pengiring. Antara aktiviti yang menarik dalam program ini adalah taklimat klik dengan bijak, kuiz klik dengan bijak dan aktiviti secara berkumpulan. Bagi menceriakan suasana pihak Pusat Internet menyediakan hadiah bagi para pemenang dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah diatas kesudian membenarkan program dijalankan di sekolah tersebut. Pihak kami amat berterima kasih pada pihak sekolah diatas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: