Hari Sukan Negara Daerah Pokok Sena
15 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniHari Sukan Negara diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun .Pada tahun ini(2017) Hari Sukan Negara diraikan pada tarikh 14 Oktober 2017. Hari Sukan Negara peringat Pokok Sena telah diadakan di Bukit Lada,Pokok Sena. Pelbagai aktiviti bertemakan kesukanan telah dijalankan pada hari tersebut. Program yang dimulakan pada seawal jam 8.00 pagi dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Haji Ahmad Bin Lebai Sudin selaku Adun Bukit Lada yang turut merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Pokok Sena.
Secara amnya, seruan kerajaan mengadakan Sukan Negara bertujuan menggalakkan budaya bersukan dengan menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti sukan, dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama serta PI Pokok Sena dapat diperkenalkan kepada pihak setempat terutamanya kepada penduduk sekitar yang terlibat.
Dengan tema Sukan Rakyat dan Sukaneka penduduk kampung mengambil peluang menyertai setiap aktiviti yang disenaraikan pada hari tersebut. Antara aktiviti sukan yang dijalankan pada hari tersebut adalah badminton,berjalan dengan tempurung, memancing dalam botol, membuka daun palas dan banyak lagi.Program ini diakhiri dengan jamuan makan dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: