Program Advokasi dan Klik Dengan Bijak Semperna Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lengkuas
09 November 2017 | Aktiviti TerkiniHari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lengkuas telah berlangsung dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh Dato Ariffin Bin Man Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena mewakili UMNO Bahagian Pokok Sena bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Lengkuas. Pihak Pusat Internet dijemput memeriahkan program tersebut disamping booth Jalur Lebar disediakan untuk taklimat KDB dan aktiviti ICT. Kementerian Kesihatan Alor Setar, PDRM Alor Setar, dan juga Bank Rakyat Kuala Nerang turut dijemput memeriahkan booth pada program tersebut.
Pada kesempatan ini PI dapat diperkenalkan kepada masyarakat luar disamping memberi pendedahkan luas kepentingan Klik Dengan Bijak dan menggalakkan pelajar sekolah sentiasa peka dengan kecanggihan ICT dan menyalahguna kemudahan ICT yang tersedia. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi tujuan menarik orang ramai berkunjung ke booth Pusat Internet. Antara aktiviti yang dijalankan di booth MCMC adalah “check your Label”, KDB Dam Ular dan menaip terpantas. Hadiah dan saguhati diberikan kepada orang ramai yang menyertai aktiviti yang dijalankan di booth.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: