Program Advokasi dan Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Giat MARA,Alor Setar
27 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar GIAT MARA Alor Setar,KEDAH diadakan dengan kerjasama PI Kodiang, PI Jerlun, PI Pokok Sena, PI Gunung Gilir dan PI Napoh. Program ini juga mendapat kerjasama pihak GIATA MARA sendiri bagi bertujuan memberi pendidikan kepada pelajar berkaitan internet dan tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet., mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan melahirkan sifat tanggungjawab dikalangan pelajar-pelajar.
Program Advokasi melibatkan lebih kurang 66 orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar Giat MARA Alor Setar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada para pelajar termasuklah taklimat Klik Dengan Bijak,Latihan dalam kumpulan dan juga sesi soal jawab berkaitan KDB. Pihak Pusat Internet amat berpuas hati dengan minat yang ditunjukkan oleh para pelajar terhadap program ini. Pihak kami juga, amat berterima kasih pada pihak terlibat diatas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: